Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sapa yang selalu buat, letak daging/ayam beku di sinki pada waktu pagi sebelum pergi kerja? Pastu biar seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku mencair. Petang selepas balik kerja baru masak.
Nak tahu, kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah, jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria.
Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Public Health Malaysia
Lambat pula nak gaji,
Sharhanah
Akak memang guna cara ni...letak di bahagian bawah peti sejuk...senang...balik kerja dah fully defrost dah...
ReplyDeleteCara yang selamatπ
DeleteSaya kalau nak msk tang tu la keluarkan ayam keras dlm frozen tu.. jarang sgt lah nak biar dri pgi smpai ke ptg..
ReplyDeleteOk juga, tapi terkujat ayam tu sementara nak defrost.
Deletelady letak dlm sink :(
ReplyDeleteKalau bernasib baik, takpe je kan.
Delete