Cegah nasi goreng beracun!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jangan tak percaya, nasi goreng juga boleh menyebabkan kita keracunan makanan. Ia bukan daripada hidangan nasi goreng berkenaan, tetapi disebabkan oleh cara mengendalikan nasi tu sebelum digoreng. Itu pointnya.

Sebenarnya, semua beras yang belum dimasak ada spora kuman bacillus cereus. Walaupun beras telah menjadi nasi, spora boleh survive jika nasi tersebut terdedah pada suhu bilik melebihi 4 jam. Ini kerana masa itu sudah cukup menyediakan satu persekitaran yang selesa untuk spora ini aktif. Contohnya kelembapan, suhu, pengudaraan dan nutrisi.

Mungkin kita sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK. Dalam tempoh 1-5 jam kita makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul.

Jadi, apa tips simpan nasi supaya nasi selamat untuk dimakan?

Nasi yang telah dimasak atau kalau tak abis dimakan, boleh terus simpan dalam bekas yang bertutup di dalam peti sejuk (tidak lebih daripada tempoh 24 jam ye). Lepas tu boleh panaskan secara sekata dan menyeluruh. Ingat, nasi goreng yang tak habis jangan dipanas berkali-kali tau!

Bismillah.

Hati-hati membeli nasi goreng yang dijual,

Sharhanah

7 comments:

  1. ye betul tu bakteria akan merebak pada suhu bahaya 5c - 63c. Memang kena simpan betul2 dalam fridge dan masak betul2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutlah makanan tak elok dibiarkan terdedah di udara.

      Delete
  2. Betul tu...sebab tu SA kalau msak nasi ngam- ngam aje supaya xde lebihan yang melampau...

    ReplyDelete
  3. Oh yer ke... Barulah tahu.. selama ni nasi 3 hari dlm peti ais pun kita bantai buat nasi goreng hahaha.. thanks atas perkongsian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi perut individu tu boleh terima nasi tu, rasanya takde masalah. Yang susah sikit ni jenis perut sensitif.

      Delete
  4. lady biasa simpan nasi dlm peti ais...

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...