Cara Bersedekah Sepanjang Bulan Ramadan Tanpa Gagal

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya WFH dan jarang keluar rumah. Macam mana nak bersedekah (wang)? Saya cuba senaraikan 30 nama penerima dan nombor akaun termasuklah pusat tahfiz, yayasan, rumah anak yatim dan badan kebajikan. Selain daripada carian Google, saya juga dapatkan maklumat di media massa untuk lebih terkini.

Dengan menggunakan kemudahan pindahan, saya memasukkan tarikh "Effective Date" bermula 1 Ramadan. Duit simpanan saya akan ditolak pada tarikh yang telah ditetapkan dan akan masuk ke dalam akaun penerima.

Tekan kalendar untuk masukkan tarikh

Sebahagian daripada senarai penerima sedekah
Duit akan ditolak setiap hari sepanjang Ramadan. Effortless dan kita boleh fokus pada kerja dan ibadah yang lain. Asyik duduk rumah jarang keluar. Mungkin inilah sedikit usaha saya untuk turut sama-sama bersedekah di bulan yang penuh berkah. Nak juga pahala berganda-ganda. Ramadan tahun depan ntah sempat ke tak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”.
(Riwayat At-Tirmidzi)

Sharhanah

4 comments:

  1. Dahsyatnya sedekah di malam-malam 10 hari terakhir Ramadhan. Semoga kita mendapatkan Lailatul Qadar, Malam yang lebih baik dari 1000 bulan! ✨

    ReplyDelete
  2. Semoga diterima amalan kita sepanjang ramadhan ini amin... Saya suka sedekah subuh.. cukup sebulan sekali kita bawa ke masjid atau surau.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin... duit tunai, saya payah nak dapat. Semua dijadikan duit sekolah anak-anak.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...