Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Hari tu teringin benar nak makan sambal petai udang. Maka saya dan anak berjalan kaki menuju ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah. Nak beli apa? Nak beli udang dan petai sikit. Wang tunai langsung saya tak bawa. Hanya berharap pada kad debit sahaja.
Arissa: Mama, beli la petai depan taman kita tu. Situ kan banyak.
Mama: Malaslah nak berjalan area sana. Lagipun mama tak bawa cash.
Kami terus berjalan masuk ke pasaraya paling belakang. Di situ terletaknya sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil laut. Saya menarik plastik jernih yang elok tergantung di bahagian bawah. Tengok harga udang saiz sederhana sekilo, boleh tahan ya. Telan air liur sekejap. Satu, dua, tiga, empat....
Arissa: Mama, kalau macam ni ok ke? Mama nak berapa ekor?
Mama: Pilih yang kenyal-kenyal. Jangan ambil yang lembik. Dalam 15 ekor je dik.
Saya memberi arahan kepada Arissa sambil sama-sama memilih udang. Dah cukup, saya hulur pada Arissa untuk ke kaunter timbang.
Berjalan ke sudut, di situ ada peti ais besar. Saya membuka pintu peti ais untuk mengambil satu bekas kecil biji petai. Besar-besar mata petai ni. Memang puas makan ni. Harganya RM13.99. Boleh tahan eh. Arissa datang bersama 1 plastik udang dengan harga tertera RM10.32. Boleh lah dapat semangkuk sambal udang petai.
Arissa: Mama, ok ke petai macam ni.
Mama: Ok je. Lagipun tak payah nak kupas kulit dah. Keje mama pun senang dan masa pun jimat.
Lepas tutup pintu peti sejuk, terus ke kaunter untuk membayar. Hati girang tidak terkata, sebab akan dapat makan menu yang sudah lama dihajati. Berjalan pulang kami dua beranak sambil sembang-sembang kosong sementara nak sampai ke rumah.
Disebabkan mata petai besar macam duit lima ploh sen lama, saya belah dua untuk dapatkan petai yang banyak. Alangkah sedihnya bila belah sebiji petai, ada seekor ulat. Uwaaa... banyak busuk rupanya. Saya terus rendam air garam. Rasanya dalam 1/4 juga lah yang tak elok. Terpaksalah saya potong yang rosak dan berlubang.
Untuk mengelakkan kerugian, inilah teknik perniagaan yang sering dibuat oleh peniaga. Nak jual yang papan, senang nampak rosaknya. Maka, sebagai alternatif... peniaga akan kopekkan biji daripada kulitnya. Wrap cantik-cantik, memang boleh letak harga mahal. Sebab, harga pasaran campur harga upah kopek.
Arissa: Baik kita beli dekat acik yang berniaga depan rumah tu ma...konpem-konpem petai dia fresh dan boleh pilih. 3 papan RM10 je mama.
Saya hanya terdiam. Tak nak kopek sangatkan... tak nak kuku kena getah petai konon...hihihi.. Sekali beli biji petai datang sekali dengan pakej ulat.
Hilang mood nak makan sambal petai |
Kalau lah dengar nasihat Arissa dari awal. π
ReplyDeleteKan...
DeleteKecewakan bila macam ni :(
ReplyDeleteYa, sebab teringin sangat nak makan kan.
Deletepeniaga yg menipu sebegini bakal mendapat balasan yg setimpal di akhirat kelak....
ReplyDeleteAamiin.
Deletehuuhu.. lady x makan petai, tapi suka masakan yg ade petai.. sebab aromanya tu membangkit selera..
ReplyDeleteSesekali bila teringin, memang rasa nak makan. Kalau tak teringin, tak sentuh pun.
DeleteFrust bila jadi macam ni, saya jarang beli yang dah siap kopek kecuali last minute nak guna atau tak jumpa petai yang berikat belum dikopek.
ReplyDeleteDekat kampung saya ada pokok petai. Arwah ayah jual petai dekat orang tengah. Jarang sangat nak beli yang siap kopek ni ha... bila duduk berjauhan dari kampung, kaedahnya nak cepat konon.... beli la yang kopek. Rezeki bila beli yang siap kopek, begini rupanya.
DeleteUishh teruk nya .. kalau dah macam tu kenapa la dijual jugak kesian pada yg membeli.. bersabar je lah
ReplyDeleteBila otak dah terlampau bisnes...jenis tak nak menanggung rugi. Kalau boleh, kulit petai yang dikopeknya pun nak dijual juga. Janji jadi duit.
Delete