Biskut Raya Premium Rasa Lebih Sedap Dan Lebih Mahal!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Korang dah beli biskut raya? Ke buat sendiri? Awalnya saya tak nak buat, sebab macam nak beli je. Bila tengok harga, pengsan.

Saya akur, harga mahal tu disebabkan  bahan-bahan yang digunakan premium dan bermutu tinggi. Itu belum kira masa yang dihabiskan untuk mencipta biskut raya tersebut kan.

Saya nak marah pada peniaga yang menjual biskut raya mahal tapi menggunakan bahan-bahan tak premium. Contoh orang letak RM40, dia pun nak letak RM40. Orang tu takpe la, contohnya kos 1 biji biskut jatuh RM1. Dia pula, kos RM0.60. Patutnya, harga jualan biskut dia pun mestilah murah daripada orang yang menghasilkan biskut premium tu kan. So, hati-hatilah membeli.

Biskut by Arissa. Disebabkan dia excited nak buat biskut ni, saya terpaksa beli oven baharu.

Biskut Arissa, pakai mentega Butterfly. Coklat chips ntah brand apa dia beli. Rasa coklat tu kureng sikit la. Panas lit-lit dia ke kedai untuk beli bahan-bahannya. Walhal, waktu tu mana ada oven. NAK BUAT BISKUT, OVEN TAK ADA... HAHAHAHA. Nak tak nak, beli juga oven pada hari kejadian. 

Oven mur-mur. Beli di kedai depan rumah. Oven hadiah kawin dah uzur bebenor (dah buang). Dah setahun lebih rumah saya takde oven😌. Sebab musabab saya tak minat buat biskut atau kek. Tak minat ke tak reti??? ekekeke

Kisah biskut saya, kacang tanah telebih goreng. Terlebih minyak jagung juga.  Minyak pun orang bagi free. Rasanya tahun lepas. Jenama pun tak terkenal. Gula pun pakai gula kastor bukan gula icing. Aishhh... agak-agak? Hahaha.

Huduh bebenor biskut mazola saya ni. Tak sedap pulak tu. Tapi makan juga, sebab tak nak bazir.

Hasilnya tak sedap. Kalau pakai minyak Mazola, mesti rasa dah ok. Ini tak, rasa macam mana ntah... lepas telan rasa macam kelat-kelat, ntah nak gambarkan macam mana.

Tidak hairanlah, menggunakan bahan-bahan yang premium dan berkualiti tinggi menghasilkan biskut yang sedap dan kalau membeli, biarlah ngam rasa dengan harga.

Saya tetap malas nak cipta biskut,

Sharhanah

10 comments:

  1. SA bab ni la x reti...apatah lagi buat kek..

    ReplyDelete
  2. CCL tahun ni pun mood rajin nak buat kuih raya tak menjelma . So fikir-fikir tu nak beli jer dua tiga jenis nanti .

    ReplyDelete
  3. lady rasa ldy nak ajak si kakak buat biskut mazola ni.. senang dia gentel2kan.. adik boleh join gentel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mula buat pun disebabkan anak-anak ajak. Seronok kalau buat sama-sama.

      Delete
  4. tahun ni baru buat satu, balik kampung nanti nak buat kek dengan emak cadangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya buat kek apa? Bestnya buat dengan mak.

      Delete
  5. Saya kalau berjaya buat, hanya sekali itu jelah buatnya sebab tak minat buat benda yang berulang.. hahaha..
    Beli..? Kalau beli pun untuk dimakan kami sefamily tapi sekarang tak beli pun lagi sebab mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya, pertama kali buat menjadi. Buat kali ke-2 terus tak jadi. Adakah saya over confident?πŸ₯Ή

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...