Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Mengadap Laut China Selatan |
Memilih Ketenangan mendahului segalanya dinamakan kematangan dalam emosi. Kita diam bukan bermakna kita tewas atau kalah. Kita tidak membalas kejahatan bukan bermakna kita lemah.
Pilih untuk ketenangan jiwa kerana bila kita asyik marah jer, berdendam, bermusuhan dan bertikam lidah hanyalah sia-sia & menghabiskan tenaga kita.
Pilih tenang dalam kehidupan seperti berikut;
- Elakkan pertengkaran dan pergaduhan
- Tidak perlu membalas kejahatan & berdendam
- Usah bazir tenaga dengan memarahi orang lain
- Tidak perlu komen & ulas jika tidak perlu
- Tidak perlu bertindak balas atas semua perkara
- Tidak perlu melayan drama
- Tidak perlu menang untuk semua perkara
Hidup lebih tenang!
Sharhanah
yg ni tersangat lah betul #Tidak perlu komen & ulas jika tidak perlu
ReplyDeleteKan...terlebih rajin nak komen/ulas pun tak elok juga.
DeleteSeperti awal tahun di dalam blog RemajaPurba:
ReplyDeleteMemasuki tahun 2024 ini, satu pesanan dari myBoss:
'Kita pun dah masuk tahun 2024, sekarang ni kita tenang-tenang je, buat kerja tenang-tenang je. Tak payah nak melawan cakap boss, kita ikut je arahan. Kita buat je kerja kita, tak perlu ambil tahu hal yang bukan kerja kita. Dalam usia kita macam ni, kita kena tenang-tenang je. Boss kita tu nampak je macam tu tapi dia memerhati. Jangan buat benda yang boleh buat dia berdendam dengan kita'.
Bagus pesanan bos tu. Maknanya, kita fokus keje kita sudahlah kan.
Deletedah tua tua ni rasa nak hidup tenang2 sahaja.. xnak kacau urusan orang, xnak tahu urusan orang, tetapi kdg2 terfikir juga tentang jiran2 berdekatan ni apakah yg mereka fikir tentang kite dalam rumah yg bising bangor sgt ni :P
ReplyDeleteHehehe... bising yang boleh diterima ok lagi kot.
Delete