Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ramai suami yang dahulunya sihat dan aktif sebelum kahwin, menjadi boroi dan gemuk. Ini kerana aktiviti yang digemari sebelum ini seperi bersukan, memancing dan aktiviti luar tidak dapat diteruskan kerana komitmen penuh kepada keluarga.
Ada yang bagai telah dirantai kaki sehingga segala geri dikawal. Ada yang takut untuk membeli barang untuk self reward sehingga nak beli barang untuk diri sendiri perlu disorok hantar ke pejabat.
Berbeza dengan wanita, lelaki sikapnya memang tidak suka bercakap. Seronok pun diam, sedih pun diam. Banyak yang dipendam menyebabkan risiko masalah mental berganda.
Mereka hanya boleh menjadi “diri sendiri” apabila bersama dengan rakan. Oleh itu sekali sekala benarkan mereka untuk keluar bersosial tanpa ditemani isteri dan keluarga.
Beri suami “me time” untuk melakukan aktiviti yang digemari, galakkan suami untuk aktif semula di padang dan beri mereka secebis kebebasan seperti zaman bujang.
Sekali sekala benarkan mereka hadiahkan sesuatu untuk diri sebagai reward. Walaupun tubuh besar , didalamnya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang barang yang ingin dibeli.
Sumber: Public Health Malaysia
Sharhanah
aiseh...selalu dengar , isteri yang dah takde kebebasan..memang hidup lepas kawen suami dan anak-anak je...
ReplyDeletekalau jenis lelaki yang takde kebebasan nie,mesti jenis yang bertanggungjawab...tapi, isteri tak marah pun kalau suami nak buat apa yang dia suka, asalkan sama-sama jaga anak dn bua kerja rumah.
I give my Husband go to cosplay. Kalo nk cosplay kena diet..hahaha...
ReplyDeletehaha jarangnya saya nak ikat suami. nak main bola silakan. sampai ke usia 51 masih lagi aktif main bola..siap ada group veteran lagi. lagipun bila dia keluar at least sy pun panjang langkah
ReplyDeleteKasihan kena sekat hobi.
ReplyDeleteAda betulnya apa pun kena berpada-pada juga dalam melayan hobi.
ReplyDeleteyang penting komunikasi dua hala. kalau diam tak nak bercerita manalah kita tahu awak nak buat apa.. hehehe..
ReplyDeleteHurmmm betul tu .. sblm kahwin.. hiking.. mancing.. camping.. diving.. now anak 4 dgn komitmen yg bertambah..weekend pun duduk rumah jer huhuu
ReplyDelete