Probiotik, Bakteria Baik Untuk Penghadaman Yang Baik

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Probiotik adalah bakteria yang baik yang menghuni usus kita. Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti membantu menghadam makanan yang tidak dapat diurai secara cekap, meningkatkan metabolisme badan dengan mengekstrak lebih banyak tenaga daripada nutrien makanan, menghasilkan vitamin B, menyingkirkan toksin, dan membantu mengekalkan kesihatan usus kita.

Makanan kaya probiotik sebahagian daripada diet harian, termasuklah produk makanan tradisional kita yang ditapai seperti;

  • Tempe
  • Tapai Ubi Tempoyak
  • Acar Timun
  • Budu
  • Cencaluk
“Anda harus berterusan menambah bakteria baik dalam usus anda untuk mengekalkan mikrobiota usus yang seimbang.” - Profesor Madya Dr Raja Affendi Raja Ali adalah Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi.

Peminat makanan yang kaya dengan probiotik,
Sharhanah

5 comments:

  1. Alhamdulillah, ldy makan semua kecuali cencaluk.. xpandai makan..

    ReplyDelete
  2. Wah, bagusnya perkongsian ini.
    Saya selalu makan yang disebut tu tapi tapai ubi jarang pula ada di tempat saya. Tapai pulut boleh kot.

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...