Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Syawal dah lama tinggalkan kita. Rumah siapa yang masih ada biskut raya? Sila komen sikit kat bawah.
Biskut Bangkit Cheese Perisa Koko. |
Yang perisa original dah lama arwah. Tak sempat hujung Syawal. Ramai tetamu yang suka. Termasuk saya. Tapi, yang ini... Slow melow jenuh nak habiskan.
Biskut ni antara biskut yang diberi oleh majikan saya. Ada 4 balang pelbagai jenis. Semuanya sedap. Yang satu ni je kurang sambutan. Ikut-ikut banyak ketoi lagi yang tinggal. Masa mak ada di rumah saya, mak yang rajin makan. Seketoi-seketoi mak ambil setiap hari. Tapi, mak dah balik.
Ni kalau tak habis juga, boleh bawa ke Raya Haji.
Sharhanah
Ada sikit lagi tart blueberry dan kuih gunting. Memang sengaja tinggalkan selalunya habis Syawal mula teringin biskut. Hihi
ReplyDeleteMesti kena sorokkan dulu yer tak?
DeleteTinggal sebiji dua kuih samprit dan kuih sampan.
ReplyDeleteLama tak makan kuih sampan.
Deletemasih ada, walaupun x beli tetap ada sebab adik beradik yg bagi..
ReplyDeleteAlhamdulillah... rezeki.
DeleteBetul2... convert jadi kuih raya haji pulak! haha
ReplyDelete