Minyak Masak- Berapa Kali Boleh Ulang Guna?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berapa kali boleh ulang guna minyak masak? Ada yang ulang 10 kali, ada yang kata 3 kali je, ada yang kata... lepas guna sekali terus buang. Yang mana betul?

Setiap kali minyak masak dipanaskan dan digunakan dalam masakan, ia akan melaui proses pengoksidaan, polimerisasi dan hydrolisis. Ketiga-tiga proses ini akan menyebabkan bertambahnya jumlah asid bebas lemak di dalam minyak tersebut. 

Penentuan Pembuangan Minyak Masak

Minyak masak yang digunakan berulang-kali perlu dibuang dan digantikan jika;

  • Bau tengik
  • Likat atau pekat
  • Warna minyak bertukar perang pekat
  • Warna makanan terlalu perang atau tidak menarik
  • Rasa makanan tidak sedap
  • Asap dihasilkan terlalu banyak

Warna Minyak

  • Kuning emas atau gangsa - masih boleh diguna pakai
  • Perang pekat atau hitam - perlu ditukar dan ditapis

Minyak masak yang sudah mengalami perubahan sifat seperti di atas, sebenarnya dah ada banyak radikal bebas yang boleh merosakkan sel serta molekul di dalam tubuh kita. Sekaligus menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti masalah jantung, kanser dan lain-lain lagi.

Sebab itulah kita disarankan agar tidak mengulang-ulang menggunakan minyak masak yang sama lebih daripada 3 kali. Korang ulang minyak masak berapa kali???

Untuk guna minyak masak lebih lama dan panjangkan jangka hayatnya, gunakanlah cara penggorengan yang lebih sesuai.

Yang pertama, elakkan menggunakan salutan yang mengandungi tepung atau pun rempah. Sebelum nak simpan balik minyak yang telah digunakan tu, biarkan minyak untuk sejuk dulu. Kemudian baru tapis dan simpan di tempat yang jauh daripada sinaran matahari. Elakkan mencampur minyak masak yang dah lama dengan yang baharu sebab nanti kualiti kesemua minyak menurun.

Jadinya gunakan kaedah-kaedah yang lebih sesuai untuk simpan minyak masak kita tu. Kalau dah tiba masa kena buang, buanglah juga ye. Tapi ingat, jangan buang dalam longkang ataupun sinki. Ia akan menyebabkan masalah tersumbat sistem pengaliran.

Jadi, untuk buang minyak masak yang dah kita tak nak tu, perlu sejukkan dulu ya. Kumpul dalam bekas tertutup dan yang ketiga, buang dalam tong sampah ataupun dekat pusat pengutipan minyak masak terpakai.

Hari tu dapat emel. Ada Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai di Stesen Petronas berdekatan dengan rumah. Disebabkan suami nak pergi keje, nak beratur ramai pula orang, dia bagi saja pada salah sorang yang beratur tu. Lagipun 1 balang je.

So lepas ni, kumpul, jual dan dapatkan wang tunai. Cuma balang nak cari mana ntah. Sementara ni, pakai balang biskut raya je la. Ekekeke

Sharhanah

6 comments:

  1. Sy 2x pakai je buang, tapi x la buang, simpan untuk dijual... masuk botol untuk dijual pulak

    ReplyDelete
  2. Paling byk 3x itupun kalau belum ketara perubahan warnanya. Selalunya 2x dah tukar. Sy simpan minyak terpakai dlm botol plastik dan jual semula di pusat pengumpulan.

    ReplyDelete
  3. Saya guna dua atau tiga kali sebelum kumpul dan bagi jiran sebelah untuk dia jual tapi kalau anak bujang saya yang guna minyak masak, sekali guna je, takkan ulang2. Ini memang lagi cepat minyak habis.. huhuhu.

    ReplyDelete
  4. sy buang atas tanah berumput. kalau sikit2 je org pembeli minyak tu x nak dtg..

    ReplyDelete
  5. kalau orang lama2 di trg ni, minyak yang dah digunakan untuk menggoreng ikan, udang, ketam, ayam atau seumpamanya.. yg last sekali digunakan untuk goreng kerokok keping.. stp hari digunakan untuk goreng keropok mmg cpt hbs minyaknye.. last sekali guna buh kat pangkal pokok pisang.. :D :D..

    ReplyDelete
  6. Ada setengah gerai pisang goreng tu sampai naik hitam dah minyak dia...

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...