HUJAN LEBAT? JANGAN PASANG LAMPU HAZARD

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Masa guna lebuhraya tempohari, saya nampak ramai pemandu yang memasang lampu hazard ketika waktu hujan lebat. Masa dulu-dulu belum ada lesen, saya ingat itu norma biasa. Rupanya, memang salah! Itu belum yang berkonvoi. Macam nak cari perhatian ke hape? 

Sebenarnya, penggunaan lampu kecemasan (hazard) bertujuan memberi isyarat bahawa kenderaan dipandu sedang menghadapi masalah atau berhadapan bahaya yang mana pemandu perlu memperlahankan kenderaan sebelum berhenti.

Lampu hazard BUKAN untuk

× Kegunaan semasa hujan

× Kegunaan semasa berkonvoi

Tindakan kita menyalahguna lampu hazard menyebabkan pemandu dibelakang keliru dan pening (lampu berkelip-kelip). Fungsi signal juga akan terhenti dan kenderaan belakang tidak tahu kita ingin menukar lorong atau tidak.

So, macam mana kalau dah tak boleh guna lampu tersebut??? Pasangkan lampu kabus (fog light).

Sharhanah

8 comments:

  1. semalam hujang lebat sungguh kan.. biasa kalau hujan MA akan pasang lampu je.. so kereta depan & belakang nampak la...

    ReplyDelete
  2. lady pun pasang lampu kalau hujan.. tp xtahu la lampu hazard yang mana.. kot ldy pun sebahagian dr mereka.. haru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi... ala Idy, yang ada button segitiga tu ha.

      Delete
  3. Dah biasa jumpa sikap segelintir pemandu yang pasang hazard light ni bila hujan lebat.
    Bagi saya mudah, kalau tak yakin/tak nampak, cari tempat sesuai dan berhenti tunggu hujan reda.

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...