Hak-hak Pengguna

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Baru-baru ini, saya ada buat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai barang (waranti 5 tahun) yang saya beli. Ia berfungsi dengan baik dan mengalami kerosakan setelah sebulan lebih saya menggunakannya. Pihak penjual menyuruh saya menghantar semula untuk diganti baharu. Malang sekali, sehingga sekarang saya masih tidak menerimanya.

Berkali-kali saya bertanya penjual di ruangan chat selepas saya menghantar semula barang itu kepada mereka. Mesej saya hanya dibalas oleh auto reply chat. Sudah 3 bulan tiada jawapan. Maka, saya mengambil keputusan untuk meminta pertolongan pihak ketiga untuk membantu saya.

Imbas untuk aduan

Alhamdulillah, Jumaat saya berjumpa dengan pegawai KPDNHEP dan hari Rabu saya telah menerima panggilan daripada pihak penjual. Barang saya akan diganti dan dihantar semula. Lega rasanya. Walaupun harga barang itu di bawah RM100 (saya beli 2-unit, cecah juga ratusan), tetapi saya nak hak saya sebagai pengguna.

Jika saya tidak kisah, pihak penjual pun akan tidak kisah. Lagi sukalah pihak penjual. Untung dia dapat. Kita? dapat apa???

Kita sebagai pengguna ada hak dan untuk memiliki dan menentukan barangan serta perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi, keperluan, citarasa dan kemampuan masing-masing.

Hak untuk membuat pilihan

  • Dapatkan maklumat sahih, nilai yang baik, kualiti dan lain-lain bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perlu berhati-hati dalam membuat pilihan. Belilah di tempat yang menawarkan mutu dan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diakui.

Hak untuk mendapat ganti rugi

  • Apa tindakan sekiranya wujud kecacatan pada barangan atau perkhidmatan
  • Jangan terima barangan berkenaan
  • Beritahu kepada penjual dengan segera
  • dapatkan ganti rugi sekiranya penjual setuju
  • Sekiranya barangan masih digunakan, berhenti menggunakannya. Hantar semula barangan bersama resit serta bukti pembelian.
  • Jika masalah rumit dan tiada penyelesaian, sila buat aduan bertulis kepada pihak berkuasa
Oh ya, pengguna juga berhak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan selamat.

Barang Kesihatan (contoh: ubat-ubatan)
  • Pengguna bertanggungjawab mematuhi setiap arahan yang ada dan membeli mengikut langkah keselamatan yang disyorkan
  • Beli ubat-ubatan di farmasi yang diluluskan.
Barangan Makanan
  • Baca dengan teliti label barang
  • Jangan beli makanan dalam tin yang kemek dan berkarat
  • Pilih makanan yang segar tanpa bahan pengawet.
  • Laporkan kepada pihak berwajib sebarang kejadian keracunan makanan atau premis makanan yang kotor.
Barangan Elektrik
Belilah peralatan elektrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan memerhati tanda kelulusan seperti berikut:
  • Tanda kelulusan ST dalam bentuk label atau cetakan
  • Label SIRIM nama sama ada label 'MS', 'S' atau 'SIRIM Listed Products'
Jadilah pengguna bijak!

Sharhanah

8 comments:

  1. Fuh baru terketar ketar penjual tersebut lepas buat laporan. Nice sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar jadi pengajaran. Tiga bulan saya sabar menunggu penuh pengharapan.

      Delete
  2. Jenis penjual yang tak kisah macam ni memang patut diberi pengajaran. Fikir untung saja takde rasa tanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dia yang buat janji untuk ganti yang baharu. Saya tuntut sampai dapat.

      Delete
  3. Huiiii... Tang auto reply tu yg buat uncle cepat panas... hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada inisiatif juga dia set auto reply. Kalau dia diam seribu bahasa, lagi sakit hati.

      Delete
  4. bila report pihak ke3 baru buat tindakan ya. lepas ni boleh la lapor kalau penjual taknak bertanggungjawab kan. kadang2 kalau tak tahu, biarkan saja. tapi rugi la kita sebagai pembeli kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kita tak kisah sebab harga murah, boleh beli lain, malas nak lapor... Itulah yang membuatkan penjual lagi besar kepala.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...