Petua bantu meningkatkan hayat bateri telefon bimbit

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Hello, hello... Ala, bateri phone tinggal 1% je"

Semua benda ada jangka hayat yang terhad. Termasuklah bateri litium-ion yang ada di dalam peranti telefon kita tu. Cuma tempohnya boleh tahan lama atau tak. Semua ini bergantung kepada cara kita mengendalikannya.

Saya ada mengikuti kelas "Usahawan Cemerlang" yang dianjurkan oleh PERKESO sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020. Cikgu yang mengajar ada menyelit sedikit tips untuk menjaga bateri peranti supaya tahan lebih lama.

Tahu tak, bateri pun ada kitaran pengecasan tau. Contohnya, sebuah peranti telefon selepas kira-kira 500 kitaran pengecasan, ia hanya mengekalkan sehingga 80% daripada kapasiti bateri asalnya.

Maka, cas sahaja telefon setakat 50% sahaja. Lepas tu tutup suis. Jangan cas semalaman!

Semasa mengecas, tanggalkan sarung telefon. Ia adalah untuk mengelak suhu melampau. Haba yang dikeluarkan semasa mengecas boleh terperangkap di dalam sarung telefon, dan menaikkan suhu peranti. Oh ya, jangan simpan telefon bimbit di bawah bantal juga ya.

Tutup aplikasi yang tidak digunakan termasuklah fungsi getaran (vibration), laraskan kecerahan (screen brightness) kepada yang lebih malap dan guna mod gelap (dark mode).

Cas bateri bila peratusan mencecah 20%! Jangan amalkan menunggu sehingga bateri kosong untuk dicas semula.

Semoga dapat membantu memanjangkan jangka hayat bateri telefon kita.

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...