Kelebihan Kad Debit Visa MAE (Maybank Anytime, Everyone)

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sekeping kad visa debit MAE

Saya telah memohon kad debit visa MAE (Maybank Anytime, Everyone) pada hujung Januari lalu menerusi aplikasi MAE secara online. RM8 akan dicaj pada akaun jika permohonan kad MAE berjaya. Kad ini selamat sampai di depan pintu rumah saya kurang 5 hari dari tempoh permohonan.

Kenapa saya aktifkan MAE?
Asalnya macam ni, sebab utama adalah untuk memudahkan saya menyemak akaun ASB memandangkan servis itu sudah tidak ditawarkan lagi di dalam aplikasi Maybank. Dengar kata, aplikasi MAE akan menggantikan aplikasi Maybank. Nah, sekaranglah masa untuk membiasakan diri dengan pengalaman baru!

Kenapa tak semak je dalam portal ASB?
Saya juga pautkan akaun Tabung Haji (TH) ke Maybank2u. Saya hanya perlu buka aplikasi MAE untuk menyemak dua-dua akaun ini di tab Kekayaan (Wealth) tanpa pergi ke setiap portal. Baki akaun wealth saya juga kini diambil kira dalam pengiraan aset dan liabiliti.

Kenapa mohon kad MAE jika dah ada kad ATM Maybank? 
Two is better than one!

Apa yang best kad MAE tu?
Selain boleh digunakan untuk membeli belah di dalam negara, kad MAE boleh juga dimanfaatkan di luar negara.  Dengan 3 langkah mudah untuk aktifkan penggunaannya;

1. Buka aplikasi MAE
2. Pilih "Cards"
3. MAE debit card (masukkan tarikh)

Tahu tak, bila keluarkan duit dari ATM luar negara atau membeli barang menggunakan kad MAE, kita dapat kadar pertukaran yang lebih baik. Ia melakukan pengiraan untuk saya secara automatik! Tak payah aih nak guna kalkulator dah.

Lepas tu kan, kalau la terlupa letak mana atau hilang kad daripada pandangan mata, saya boleh je "freeze" je dekat aplikasi MAE. Tak perlulah nak hubungi khidmat pelanggan Maybank dah. Lambert! Sementara nak dapat talian dan perlu pula pada pengesahan, orang yang dah jumpa tu siap shopping pakai kad kita walaupun dia mampu guna setakat RM250 (payWave).

Laaa...tak hilang rupanya, ada je kad MAE di bawah kusyen kereta.... 

Pergi dekat aplikasi, "unfreeze" je. Kad dah boleh guna kembali. Jimat duit RM12 tau kalau nak ganti kad yang baharu. Maka, tak perlu bimbanglah bab keselamatan.



Apa lagi faedah menggunakan kad MAE?
Saya boleh tahu tabiat perbelanjaan saya. Aplikasi MAE mengesan dan mengkategorikan perbelanjaan pada kad MAE/Maybank saya secara automatik. Senang betul saya nak urus kewangan. 

Mudah kalau ada info grafik melihat perbelanjaan bulanan. Kategori mana yang kita duk perabis duit tu? 

Auto top up. Nak sentiasa dalam akaun MAE ada duit??? aktifkan fungsi ini. Saya tak aktifkan sebab saya rajin top up. Hehehe

Kalau anak nak ke kedai depan rumah, saya beri dia guna kad debit sahaja. Saya top-up lebih kurang harga barang yang nak dibelinya. Dulu, saya beri dia guna kad BigPay, macam leceh pula nak top up, OTP bagai. Pakai MAE senang sebab dah link dengan akaun utama Maybank.

Dan akhir sekali.... 

Saya suka fizikal kad MAE yang comel. Tengah-tengah kad ada bulatan lutsinar tau. Belum pernah dapat kad bank jenis macam ni. Agak teruja.

Kekurangan kad MAE?
Takde duit dalam akaun MAE, sesen pun tak berguna kad tu! Hahahaha

Sharhanah

8 comments:

  1. Itulah Mrs. A ada berkira-kira juga nak buat Mae kad juga hurrmmm tengoklah macam mana nanti. Bila baca perkongsian ni macam best je heheheee...

    ReplyDelete
  2. selalu kak ana dengar pasal MAE ni, tapi ye la kak ana tak ada acc Maybank:) salam ukhwah dari kak ana, pertama kali ke sini dan follow #25 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa tiada akaun Maybank pun boleh apply. Yang penting kena download apps MAE di telefon dulu. Salam kenal. Terima kasih Ana sudi singgah dan jadi follower saya.

      Delete
  3. terima kasih share info ni. baru tau byk kegunaan kad MAE.

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...