Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Nampak gayanya, saya terpaksa membeli mesin basuh yang baharu memandangkan mesin 10kg sekarang dah rosak. Dahsyat betul kesannya pada kehidupan, membawa saya kepada kemurungan.
7 tahun bertahan... sekarang sedang rosak. |
7 tahun dia berkhidmat (dalam 2, 3 kali kena tukar spare part), akhirnya "sakit". Sakitnya bertambah teruk bila kena musibah banjir pada Disember 2021 (butang power perlu tekan pakai siku). Tapi, masih dapat diselamatkan lagi. Itulah suami saya. Prinsip selagi boleh guna, dia akan pergunakan. Suami saya sendiri yang betulkan mesin basuh tu. Cuma, ada kesan bunyi bising bila mesin tu menjalankan tugasnya. Setahun jugalah mesin ini dapat berkhidmat selepas pulih daripada banjir. Hebat betul!
Dah patah pun, nak pebaik lagi ke?π |
Pada penghujung Januari 2023, mesin ini dah tak mampu membasuh apatah lagi nak mengeringkan pakaian. Dah jadi kepada kurang upaya. Dia beroperasi seperti biasa daripada wash - rinse - wash - rinse - spin. Bila habis, dia akan berbunyi beep... beep... beep
Saya pun buka la pintu top loader mesin tersebut. Konon nak sidai baju. Sekali, baju masih basah, serbuk sabun masih melekat pada pakaian. Terus inform suami. Nampak gayanya, kalau masalah motor... waranti memang ada 12 tahun. Tetapi dah tak valid disebabkan kawasan kami pernah banjir. Kalau perbaiki juga, perlu beli panel board yang berharga RM180, DD Inverter Motor berharga RM900+. Kan harga dah dapat mesin basuh baharu!
Maka, saya tengah buat kaji selidik. Ya lah, nak bentangkan kertas cadangan kepada suami. Kalau dapat kelulusan dia, bolehlah beli mesin basuh yang baharu. Benda pertama yang saya buat ialah tanya review pada kawan-kawan dalam group WhatsApp. Lepas tu, saya tengok kelebihan dan kekurangan dan akhir sekali, tengok bajet.
Saya juga minta pendapat daripada juruteknik. Dia pun tak berani nak maklumkan jenama apa yang terbaik. Cuma, dia pesan... perlu buat sedikit "research" dan pilih yang ada waranti sekurang-kurangnya 2 tahun.
Saya sedang berkira-kira untuk mengambil mesin basuh jenis muatan depan yang berkapasiti kecil. Katanya jimat air, elektrik dan sedikit sahaja penggunaan serbuk sabun.
Lagipun, hari-hari saya membasuh pakaian. Cukuplah setakat 7kg. Kalau dulu saya bekerja, 2 ke 3 hari baru saya membasuh pakaian. Memang menjadi keperluan untuk membeli mesin basuh berkapasiti besar.
Kekurangan? kalau rosak... kosnya agak mahal. Nak masukkan pakaian, dah pula kena membongkokkan badan, tak boleh masukkan pakaian kalau mesin dah mula beroperasi.
Bajet saya bawah RM1K. Masih ada masa untuk mengkaji dan terus mengkaji. Tukang bawa pakaian ke dobi depan rumah adalah suami. Lagi lambat hasil kajian, lagi keraplah suami perlu kena ke sana dan kos cucian makin bertambah!
Tolong!
Teringat zaman kanak-kanak, ikut mak angkat besen ke sungai. Basuh baju atas batu leper. Pakai sabun Cap Kapak.
Sharhanah
Mesin basuh bergegar satu rumah..π
ReplyDeleteBergegar gegendang telinga
DeleteDobi penyelesaian jangka pendek dan beli mesin basuh adalah satu keperluan yang mendesak...pilih la jenama yang tahan lasak kerana mesin ini memang bekerja keras setiap hari
ReplyDeleteTengah survey sementara duit nak ada
DeleteKena teliti betul2 kalau nal beli barangan mahal ni .
ReplyDeleteBetul, bukan macam nak beli sayur.
Delete