Air panas tahan 8 jam!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada sesiapa yang nak bercuti semasa musim sejuk? Jangan lupa bawa termos air panas tau. Sangatlah berbaloi. Lagi-lagi yang ikut agensi pelancongan dan nak jimat.

Setiap pagi sebelum check-out, saya akan masukkan air botol mineral (complimentary) ke dalam cerek elektrik untuk dididihkan. Lepas tu, tuang je ke dalam termos.

Memandangkan jadual perjalanan ni, setiap hari malam check-in dan awal pagi dah check-out (hotel ni tempat mandi dan tidur lebih kurang 12 jam), tidak ada masa nak menikmati secawan kopi di luar jendela sambil melayan pemandangan indah. Saya ambil semua hotel room complimentary refreshments tea, coffee, sugar, milk dan paper cup terus masukkan ke dalam sling bag suami.

Kalau dah rasa sejuk dan dahaga, dalam bas pun boleh jadi kerja. Tuang air panas ke dalam cawan kertas, koyak 1 sachet kopi dan gula, lepas tu kacau. Nikmat yang tidak terperi menikmati air panas di waktu musim sejuk! Kalau kita kat sini, cuaca panas-panas nikmat betul melayan air sejuk. Begitulah selalunya kan.

Sejuk-sejuk memang best layan kopi panas. 

Bukan setakat bancuh air kopi atau teh, saya juga makan mi segera panas-panas. Punyalah nikmat. Mana tidaknya, bawa mi cawan perasa lontong yang pedas. Rindu betul nak makan pedas. Itulah pengubatnya. 

Banyak berjasa ni....

Kalau yang tak kisah dan malas nak bawa termos, boleh je beli air minuman panas-panas di restoran dan cafe tempatan. Rasa sama je, cuma saya dapat jimat banyak!

Hujan di luar. Sambil buat keje sambil buat entri. Nak hilangkan mengantuk.

Sharhanah

12 comments:

  1. Time cuaca sejuk, dapat nikmati sesuatu yang panas memang syokkk!

    ReplyDelete
  2. Idea bagus. Selalu sempat sarapan di motel/hotel ketika luar negara jafi hal begini terlepas pandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin nampak simple sebab tu ramai yang terlepas pandang.

      Delete
  3. Baguihnya, nak minum duduk dulu... sunah tu...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Orang perempuan kalau dah pilih... hihihi... cuba suruh suami belikan sendiri. Mesti tiada corak dan 1 warna je.

      Delete
  5. Corak termos pun dah menarik...πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaum hawa kalau bab memilih corak, memang pandai

      Delete
  6. tahan 8 jam not bad...skrg ni mcm beli termos tau2 je dah suam air kat dalam tu

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...