🌿 Let's Be Friends

Selesaikan Urusan Satu Persatu

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kurang 2 minggu lagi, Sofea dah nak lapor diri di universiti. Sekejap betul masa berlalu! Minggu lepas dia dah pun berhenti kerja sambilan. Jadi, minggu ni dan minggu depan memang fokus kami 100% untuk selesaikan segala dokumen dan bayaran yuran bagi Semester 1.

Zaman sekarang ni memang semuanya dihujung jari. Semua dokumen tak perlu pos atau hantar serah serah tangan lagi, semua kena upload masuk dalam sistem je. Sangat mudah! Dalam proses ni, banyak sebenarnya perkara baharu yang saya belajar tentang sistem pengurusan universiti sekarang.

Yuran semester pertama termasuk penginapan hampir cecah RM3K . Alhamdulillah... kami ambil sikit daripada hasil tabungan Sofea sejak kecil sementara dia nak dapat biasiswa/pinjaman nanti. Hasil gaji kerja part-time dia selama hampir 4 bulan tu pulak, dia rancang nak guna untuk beli laptop baru dan barang keperluan untuk bawa ke sana nanti. Sikit sebanyak dapat juga ringankan beban, kan?

Tapi, dalam mudah-mudah urusan ni, ada juga terselit 'cabaran' kecil. Masa nak buat pembukaan akaun bank hari tu, kami terpaksa juga pergi ke kaunter bank sebab Sofea tersalah pilih produk masa daftar online. Tapi Alhamdulillah, semuanya dah selesai dengan bantuan staf bank.
Pergi dalam pukul 3 petang, takde la ramai pelanggan

Doakan urusan pendaftaran dan perjalanan Sofea ke menara gading dipermudahkan ya semua! 

-Sharhanah

No comments:

Post a Comment