🌿 Let's Be Friends

Cara Bersihkan Email yang Beribu Tanpa Padam Satu-Satu

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Cuba anda buka aplikasi Gmail atau Yahoo dekat telefon pintar atau laptop sekarang. Tengok dekat angka Inbox tu, ada berapa ribu e-mel yang belum dibaca? 5,000? 10,000? Atau dah cecah puluhan ribu sampai sistem Google dah mula hantar amaran “Storage almost full”?

Ini dah out of storage dah ni. hikss

Saya pun dulu jenis “biarlah dulu…”. E-mel masuk, biarkan. Newsletter masuk, biarkan. Promosi masuk, biarkan.

Lama-lama… inbox dah macam stor barang. Nak cari satu e-mel penting pun kena menyelam dulu dalam timbunan e-mel lama.

Nak padam satu-satu? Memang kirim salam lah!

Sebenarnya, dalam dunia pengurusan masa dan produktiviti digital, ada satu prinsip ringkas yang selalu dipesan:

"Kekekalan fokus bermula daripada ruang kerja yang bersih. Apabila dunia digital kita kemas, minda kita juga akan menjadi lebih tenang untuk berfikir."

Ada beberapa cara mudah untuk “sapu bersih” beribu-ribu e-mel dalam masa beberapa minit sahaja.

1. Cari ikut nama pengirim

Contohnya, selalu dapat e-mel daripada Shopee, Lazada, TikTok, LinkedIn atau Facebook?

Buka Gmail di laptop dan taip nama tersebut di ruangan Search.

Gmail akan keluarkan semua e-mel yang berkaitan.

Kemudian:

Klik kotak Select All.

Kalau muncul pilihan “Select all conversations that match this search”, klik pilihan tersebut.

Tekan ikon tong sampah.

Siap!

2. Cari perkataan “Unsubscribe”

Ini satu lagi trik yang saya suka.

Di ruangan Search Gmail, taip:

Unsubscribe

Gmail akan cari e-mel promosi, newsletter dan langganan yang biasanya mempunyai pilihan untuk berhenti melanggan.

Kemudian buat benda yang sama:

Select All → Select all conversations → Delete

Zasss… inbox terus rasa lapang.

3. Cara Biar E-mel Sampah Tak Masuk Lagi Dah (Langkah Pencegahan)

Kalau dah penat bersihkan inbox, jangan biarkan benda sama berulang.

Untuk e-mel promosi yang memang dah tak diperlukan, cari pilihan Unsubscribe dan berhenti melanggan.

Kalau tiada, klik ikon tiga titik (…) pada e-mel tersebut dan pilih Block [Nama Pengirim] jika pilihan itu tersedia.

Dengan cara ini, kita bukan sekadar mengemas inbox tetapi kita cuba hentikan punca e-mel yang tak diperlukan daripada terus memenuhi inbox.

Ingat, ruang 15 GB itu dikongsi. Kita mungkin sudah memadam beribu emel, tetapi jika ada video besar dalam Google Drive atau sandaran (backup) gambar telefon dalam Google Photos, storan akaun tetap akan penuh. Pada entri berikutnya, saya akan buat perkongsian paling agresif dan berkesan untuk membersihkan storan Google secara manual tanpa perlu mengeluarkan modal membeli pelan tambahan. Tunggu!

— Sharhanah

No comments:

Post a Comment