Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saya baru perasan yang Tabung Haji dah split 2 tabung. Tabung Am dan Tabung Istitoah. (Dah macam akaun KWSP, split kepada 3)
Dalam tabung Istitoah RM 5. Dulu saya daftar haji melalui KWSP (kategori BH2). TH pindahkan RM 5 dari Tabung Am ke Tabung Istitoah.
Simpanan yang lain ada dalam Tabung Am. Dia tak auto masuk dalam Tabung Istitoah tu. Kita kena buat sendiri manually transfer dari tabung Am ke Tabung Istitoah.
Boleh tengok dekat bahagian pindahan (THiJARI). Tabung Istitoah ni kena ada baki minimum RM 15K untuk kekal giliran mendaftar haji (last 31 Disember 2028).
Dia lambat cair. Susah la sikit nak keluarkan. Kalau senang cair, alamat tak penuh-penuh la jawabnya. Kita ni teringin nak buat haji awal. Tumpang masih sihat.
Semoga Allah SWT limpahkan rezeki kita.. Cukup duit.. dapat jadi tetamu Allah. Amin
Sharhanah


No comments:
Post a Comment