Hadiah Pemenang Saguhati Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke-3 Tahun

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Macam sama tema je

Akhirnya, selamat sampai jua ke tangan saya hadiah yang dinanti pada 26hb bersamaan hari Sabtu. Sebelum tu, SA ada balas emel saya dan maklumkan yang emel saya rupanya masuk ke folder spam.

Walaupun sekadar hadiah saguhati, hati saya tetap berbunga sebab dapat beg yang cantik dan praktikal. Memang sesuai sangat nak dibawa untuk aktiviti santai atau jalan-jalan. Boleh la isi apa yang patut.

Terima kasih banyak kepada SA yang menguruskan pengeposan hadiah sampai ke depan pintu rumah. Semoga Allah membalas segala kebaikan dan usaha SA dengan rezeki yang lebih luas, berkat dan melimpah ruah.

Rezeki itu tak pernah salah alamat. Bila Allah dah tetapkan, insha-Allah sampai juga pada waktunya. Alhamdulillah. 

- Sharhanah ❤

No comments:

Post a Comment