Featured Post

Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sidebar Blog Sharhanah!

  Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Salam perkenalan dan hai rakan-rakan blogger semua!  Diam tak diam, dah masuk tah...

Selamat Tinggal September, Bulan Yang Penuh Kehilangan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat tinggal September.

Bulan yang penuh dengan kehilangan.

Awalnya, Maklong saya pergi menghadap Ilahi. Kemudian ibu kepada seorang sahabat lama saya pula menyusul. Tidak lama selepas itu, abang ipar sulung pergi meninggalkan kami.

Tiga kehilangan dalam satu bulan. Dan kebetulan, September juga membawa kembali kenangan tiga tahun lalu - September yang sama ketika arwah ayah pergi meninggalkan saya.

Kita menyaksikan juga pemergian Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali yang digelar sebagai "Mother of the Nation" ini meninggalkan duka yang mendalam, bukan sahaja kerana statusnya sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, tetapi juga di atas sumbangan dan legasi besar beliau sendiri.

Entah kenapa, semua pemergian ini membuatkan saya semakin kerap teringat tentang mati.

Kita selalu rasa masih ada masa. Masih ada esok. Masih boleh berjumpa, masih boleh bertanya khabar, masih boleh meminta maaf.

Tetapi kematian mengajar kita bahawa “nanti” itu belum tentu ada.

Yang pergi meninggalkan kenangan. Yang masih hidup pula belajar untuk lebih menghargai.

Mungkin itulah pengajaran paling besar daripada kesedihan September ini, hargailah orang yang masih ada, sayangilah mereka selagi sempat dan jangan terlalu berkira untuk berbuat baik.

Kerana akhirnya, kita semua akan sampai ke destinasi yang sama.

Cuma belum tahu bila giliran kita.

Selamat tinggal September. Terima kasih kerana mengingatkan saya bahawa hidup ini sebenarnya sangat singkat.

Semoga mereka yang telah pergi ditempatkan dalam rahmat dan keampunan-Nya. Al-Fatihah. 

- Sharhanah

8 comments:

  1. Semoga bulan Oktober beri semua yg trbaik utk kita semua.Amin

    ReplyDelete
  2. Salam takziah atas kehilangan puan.
    Sampai masa giliran kita pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.
      Kita sedang menunggu giliran ke alam seterusnya..

      Delete
  3. Wake me up when September ends ni pun kisah benar ttg budak lelaki yg kehilangan bapanya. Salam takziah dari sy kerana kehilangan org2 tersayang.

    ReplyDelete
  4. Semoga roh2 mereka yang mengadap illahi dicucuri rahmat

    ReplyDelete