Pengalaman Berjaya Membeli Dendeng Nyet Berapi Di TikTok Live Shop Khairulamingbrand

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dah perasan dalam sosial media Khairul Aming (KA) akan lancarkan produk terbaharu beliau, Dendeng Nyet Berapi pada 2/2/2024 (9 malam). Produk sebelum ni, Sambal Nyet saya tak beli disebabkan baca review, rata-rata katanya pedas. Bukan tak nak support, tapi saya ada gastrik. Tak berani. Pedih perut kang kalau saya makan. Support hanya sebagai follower.

Kali ini betul-betul saya support anak muda ni disebabkan saya penggemar dendeng. Pertama kali juga saya beli di TikTok Live. Sebelum ni pernah beli 2 kali di TikTok Shop sahaja. Itu pun anak nak beli wireless earbuds RM1. Ingatkan scammer ke hape kan, sekali sampai memang barang tu berkualiti. Saya tak minat sangat layan TT ni, mungkin saya datang dari generasi Y.

Order placed.

Saya masuk lewat 1 minit. Ingatkan dah terlambat. Rupanya, KA baru nak mula masukkan unit ke dalam sistem. Dia nak masukkan nilai lapan puluh ribu pun, dia suruh Kemey tengokkan. Takut dia pi letak terlebih "0" jenuh nak cover. Sebab stok batch pertama tersedia hanya 80K unit.

Lepas tu KA siap buat countdown lagi tu bila boleh mula beli. Saya pula yang berdebar. Macam nak berlawan dalam perebutan besar-besaran. Hahaha. 

Bila start je, beg kuning muncul. Cepat-cepat tekan beg tersebut. Saya tekan banyak kali. Beberapa kali juga percubaan saya gagal. Asyik keluar error. Huhuhu, macam gagal je sebab katanya system error. Banyak orang komen macam tu.

Stok rebound ke dalam sistem bila ada pembeli amatur yang tak lepas pembayaran atau yang terpaksa batalkan pesanan. Apa lagi, saya stay la menunggu sambil tengok KA. Dia pun nervous. Hihihi. Saya klik je beg kuning tu berkali-kali sehingga sampai ke proses pembayaran.

Bila nak bayar, keluar pula mesej seperti di bawah;

Lahai...jenuh nak menunggu

Awal pembelian tu, saya guna pembayaran menggunakan TNG e-Wallet. Duit dah tolak, tapi belum dapat pengesahan pembelian. Saya cuba tukar kaedah pembayaran menggunakan Maybank. Laju berdesup. Kemain naaaa...

Alhamdulillah, barulah pembelian saya disahkan. Dapat beli 1 paket je. Ada yang gigih nak beli 6 pek... kang tengah duk tambah bilangan unit, sekali habis stok daaaa...(Jangan tamak, kan dah tak dapat).

Apa cerita dengan TNG e-Wallet? Duit dah ditolak dalam akaun saya. Syukur, tak lama je duit itu dikembalikan semula ke akaun. Ingatkan akan jadi 2 pembelian. Rupanya tidakπŸ˜…. Dekat sini, saya lupa nak claim shipping coupon RM5. Itulah kalut sangatkan.. kalau tak, boleh dapat murah lagi.

Dalam 3 minit lebih je, dendeng SOLD OUT! 80K unit habis terjual. Hasil jualan malam tu bernilai RM1,199,200. Cuma tunggu payment masuk untuk dapatkan total tersebut. Saya tak tunggu live sampai habis. Orang jenis tidur awal kan, dapat beli 1... saya masuk tidur lah. Hihihi

Fuh! satu pengalaman membeli yang sangat mendebarkan. Tahniah anak muda. Berjaya menjadi usahawan bijak yang berpengaruh. Sebab itulah ilmu itu penting. Kena pesan dekat anak, jangan sekolah pun tak habis, dah berangan nak jadi content creator.

Semoga terus maju dan berjaya KA!

KA menunjukkan hasil jualan sudah mencecah RM1 juta! Baru setengah jam okey...dah cecah figure macam tu.
 
Tunggu barang sampai. Nanti saya buat review pula yaπŸ˜‰

Sharhanah

13 comments:

  1. Cie belum pernah beli sambal nyet KA ni. Dah keluar produk baru dah pun. Memang kuat branding KA ni jual apa pun laku je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkat bertahun-tahun dia tabah dengan trial and error, pahit manis dengan kegagalan...Inilah hasilnya.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sama lah. Kureng sikit dengan TikTok.

    Ada yang beli satu sampai RM19 tanpa voucher. Sanggup tu.

    ReplyDelete
  4. wahh berjaya di antara 200k penonton semalam ye Sharhanah , tahniah nanti review naa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah, akan buat review jujur selepas mencuba πŸ˜ƒ

      Delete
  5. Replies
    1. Saya pun kebetulan je tu. Dah alang-alang... cuba juga nak merebut membeli. Pertama kali, teruja pulak🀭

      Delete
  6. Serious la macam tu sekali? tahniah KA

    ReplyDelete
  7. Dah cuba rasa ke dendeng tu... tak sabar nak tunggu review hihihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum sampai lagi.. Tertunggu-tunggu jugak ni.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...