Nak Resipi Makanan Sihat Macam Dekat Wad, Boleh?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dua minggu berlalu, Alhamdulillah... suami dah pun sihat untuk mula bekerja. Lega hati saya. Mana taknya, asyik mengadu sakit. Dah pergi ke klinik pun, doktor rujuk ke hospital. Saya suruh ke hospital swasta sebab kesnya bukan emergency nak suruh doktor kerajaan ambil kes. Kalau ambil pun, kena la tunggu. Banyak lagi kes urgent. Dia pergi juga ke Jabatan Kecemasan di salah satu hospital kerajaan. Sudahnya, doktor hanya bagi ubat tahan sakit. Masalah tak selesai juga.

Nak dijadikan cerita, lepas saya solat Maghrib tu... sakitnya dah kemuncak. Suami ke klinik lagi. Dapat je surat rujukan, terus saya bawa suami ke hospital swasta yang berdekatan. Esok pagi tu juga dia kena operate. Dapatlah suami berehat 2 hari di wad. Cuti sakit diberi 11 hari. Puas duduk rumah. Kes penakut kena operate kekdahnya ni...hihihi.

Saya sangat suka menu di wad. Sedap dan sihat. Masa tunggu suami nak discaj, makanan dihantar, dia tak nak makan. Lalu, saya yang habiskan. Sayangnya biar macam tu je. Kebetulan saya datang pun dengan perut kosong. Langkah kanan. Sedap sangat. Citarasa memang kena dengan tekak saya.

Masa anak-anak masih kecil dan kerap masuk wad, saya yang meneman ni kan... tak pernah lah kena gastrik. Mana taknya, makan semua ikut masa. Boleh pilih pula nak menu apa. Bila anak-anak dah besar-besar, syukur... masing-masing sihat dan tak pernah masuk wad. Tapi, jadi rindu pula nak makan makanan di wad.

Gambar makanan di wad lupa pula saya nak snap. Kalau blog lama saya, asal makanan sampai saya akan snap untuk dibuat rujukan. Saya rasa, wad hospital kerajaan ke, swasta ke...menunya semua sedap-sedap. Ingat lagi bubur ayam di Hospital Ampang, kalah bubur mekdi uiii...

Gambar menu mana???

Siapa yang ada resipi sihat macam dekat wad tu, boleh la kongsi di ruang komen. Terima kasih.

Sharhanah

6 comments:

  1. Saya tiada resepi sihat seperti di wad, tapi saya rasa, masak macam kita masak untuk orang pantang kot. Guna cara kukus, bakar atau rebus tanpa tumis. Saya setuju bab waktu makan di hospital tu. Sebab masa saya masuk wad dulu, rasa terurus je hidup. Makan on time, makan ubat on time. Dinner sebelum pukul 6 petang. Air cukup. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kaedahnya macam tu... tapi tak tahu kenapa, rasa tu sedap sangat.

      Delete
  2. Kena mintak resepi dengan staff kantin tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, mana tau kot-kot para pembaca sini staf kantin ke...

      Delete
  3. ldy x suka makanan wad.. mungkin dlu lama sangat2 makan makanan tu kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya sekolah, bau hospital pun saya nak muntah.... punyalah tak suka baunya tu.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Naik Bas Sepanjang Berada di Turkiye

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Memandangkan mod perjalanan sepanjang berada di Turkiye menggunakan bas persiaran...