Review Dendeng Nyet Berapi by KhairulAmingbrand

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sepeket dendeng 180g... Jauh perjalanannya dari Kelantan 

Alhamdulillah, baru sampai. Ramai dah beri ulasan tentang dendeng Nyet ni ha... Saya lambat sikit disebabkan parcel baru sampai pada 6/2/2024 dalam pukul 2 petang macam tu. Nak cuba makan dengan nasi, perut masih kenyang sebab baru lunch sebelum zohor. Kang paksa diri makan, lain pula ulasan jujurnya. Kita cuba waktu betul-betul santai ok. Tak lapar dan tak kenyang.

Apa pun ulasan, semua bergantung kepada tekak masing-masing. Ini pula ulasan saya... Teruskan membaca.

Saya mula membuka paket dendeng ni, waktu dah nak Maghrib. Konon makan malam lah kan. Saya makan semata-mata dendeng dengan nasi putih panas-panas. Tak ambil dah ikan siakap 3 rasa yang saya masak. Sebab nak rasa betul-betul baru boleh buat review kan.

Saya rendam dulu paket ni dalam air panas selama beberapa minit untuk naikkan aroma (ikut arahan dekat belakang pek). Kemudian baru saya koyakkan. Ambil sudu dan cedok dendeng letak sebelah nasi.

So far, rasa kena dengan tekak saya. Cuma tak puas tekstur daging macam serunding. Tu je. Masih teringat-ingat kawan buat daging dendeng bawa bekal ke Bali, Indonesia. Sedap kemain! Saya minat yang sedikit berkuah. 

Saya simpulkan seperti di bawah;

Pembungkusan: Berbalut elok dengan bubble wrap. Tiada bocor atau pecah.

Selamat di dalam itu

Perkhidmatan Kurier: J&T 

Lewat sikit sebab Feb 4, tiada aktiviti. Kena peram.

Rasa: Rasa semua okey. Takde la terlebih masin ke hape.

Tahap Kepedasan: Saya suka pedas tahap 4/10 ni. Anak-anak pun boleh makan. Lepas makan pun perut saya tak pedih.

Tekstur: Macam serunding. 

Harga: RM14.99/pek (180g) Mampu beli buat masa ni

Kesesuaian: 

1) Sesuai untuk travel

2) Sesuai untuk sahur

3) Sesuai makan dengan nasi, roti, mi goreng dan ketupat palas

4) Sesuai untuk yang sibuk dan tak sempat nak masak

Cadangan/Penambahbaikan: 

1) Sedikit berkuah

2) Biar nampak tekstur daging berketul. Syiok nak cubit.

Kemungkinan untuk repeat order tu tinggi. Sebab anak saya kata, dia sempat makan sikit je. Kakak-kakak semua belasah dulu. Sapa suruh lambat kan...

Saya tak perasan gambar ni dalam bungkusan... dah terbuang, baca review orang lain.. baru perasan. Terus cari balik.

Ketupat palas utara frozen by kakak sulung saya di Pulau Pinang (Since 2018). Makan dengan dendeng KA, sangat sesuai. Tempahan telah dibuka untuk raya 2024. COD: Sekitar Ampang, Cheras & Hulu Langat (WhatsApp only: 010-444 7177)

Saya pandai buat sambal hijau ikan bilis je,

Sharhanah

8 comments:

  1. yang last tu sedap...ketupat palas...tp daging dendeng yang Linda taw, memang akan ditumbuk2 dulu, mungkin KA punya terlebih tumbuk kot...asyik lalu lalang je daging dendeng nie, semalam balik kerja p carik daging frozen...pg td siap daging dendeng versi sendiri...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha.. Mungkin terlebih tumbuk. Tak dapat nak cubit-cubit...heeee.
      Ya, Allah...rajinnya Linda. Saya ni kurang kesabaran, sebab tempoh masak agak lama. Insha-Allah, kalau ada daging nanti saya nak cuba buat la sebab nak makan dengan ketupat palas.

      Delete
  2. Tak ada rezeki nak beli dendeng nyet KA . Masa dia launchibg hritu dah terciduk . Buat masa sekarang mampu baca dlu review kawan-kawan yg menang battle dendeng ni . Ramai yang review tekstur daging nyet macam serunding .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tau, dapat beli improved batch. Lagi berbaloi-baloi.

      Delete
  3. Boleh saman ni, dagingnya tak sama seperti pada pembungkus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin akan ada penambahbaikan selepas ini bila ramai yang review.

      Delete
  4. Ramai review cakap sedap... belum pernah rasa lagi.. ramai juga rakan blogger berjaya beli masa launching hari tu

    ReplyDelete

⚠️๐ƒ๐ข๐ฌ๐œ๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ซ Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post ๐Ÿฅ•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...