Hadiah Piala: Tiada Ruang Nak Simpan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sesi persekolahan 2023/2024 sudah tamat. Semua buku teks telah dipulangkan dan 2 orang anak saya sudah menerima buku teks untuk sesi berikutnya.

Saya perasan, piala-piala sudah bertambah di rumah. Anak lelaki saya bawa balik 3 buah lagi selepas memenangi 3 anugerah pada majlis kecemerlangan sekolah baru-baru ini.

Tak tau nak letak mana...

Sebelum tu, si bongsu pun turut menyumbang piala selepas memenangi beberapa peraduan dan sukan. Kalau la boleh dijual, kaya makcik! 

Saya tengah pening kepala nak letak mana piala-piala ni semua. Takde la banyak pun. Kalau rumah ada ruang khas, ok la.  Nak buang kang merajuk anak-anak.

Macam medal tu okay lagi sebab boleh DIY. Samada tanggalkan tali dan gantung dekat board/dinding. Macam piala ni leceh, makan ruang dan habuk mudah berkumpul. Siapa la rajin nak mengelap...

Saya lebih suka kalau anugerah tu jadikan sticker yang berkualiti. Lekat dalam fail untuk dijadikan koleksi. Kalau yang suka pamer... Lekat dan letak satu ruang di dinding dan pasang plastik lutsinar atau kaca. 

Adakah apa yang saya suka disukai semua orang?πŸ™„

Mak yang perlukan ruang,

Sharhanah

6 comments:

  1. terus teringat cerita Twilight pulak...cap graduasi di jadikan pameran, dilekatkan di board di ruangan tangga...hihihi

    ReplyDelete
  2. Betul kalau piala susah nak simpan. Makan ruang. Medal ok sikit boleh gantung.

    ReplyDelete
  3. Idea yang bernas juga tu kalau digantikan dengan sticker mahupun fridget magnet boleh simpan , so tak makan ruang . Jimat ruang sikit kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat sesuatu untuk ia kekal relevan hingga ke anak cucu..hihihi

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...