Hujung minggu baru-baru ni, saya melayan filem animasi karya kolaborasi antara Walt Disney Pictures dengan Pixar Animation Studios bersama anak-anak sambil melipat kain. Cerita ni best, sesuai sangatlah untuk kami. Women to women.
Tengok gambar kartun ni pun comel, penuh warna, tekstur serta gaya animasi yang menonjolkan ekspresi. Orang kata tak jemu. Boleh layan sampai habis lah. Tak hairanlah, saya dah ulang tengok 2 kali.
Turning Red ni mengisahkan tentang Meilin Lee (suara oleh Rosalie Chiang), seorang budak perempuan yang sedang meningkat remaja di Toronto. Dia adalah pelajar ceria, pandai, memiliki rasa percaya pada diri yang tinggi, semangat setia kawan dan anak yang taat pada ibu bapa. Sekilas, boleh dikatakan Meilin adalah seorang yang sempurna sehingga semuanya tahu bahawa kehidupan remaja tidaklah seperti tu.
Sebab dia adalah anak tunggal harapan keluarga, ibunya (suara oleh Sandra Oh) yang tegas tersangatlah melindungi Meilin. Segala kehidupannya dikawal rapi oleh ibunya. Sehingga Meilin berasa rimas apabila jiwa remajanya dikongkong.
Cuma, Meilin tak perasan yang keturunan ibunya ada kena mengena dengan sejarah semangat panda merah. Patutlah ibunya sangat menjaga Meilin sepenuh jiwa raganya, kerana suatu hari nanti Meilin juga akan menjadi sepertinya dahulu iaitu menjalani ritual khusus pada bulan mengambang penuh bila tiba masanya.
Akhirnya, Meilin bertukar menjadi panda merah apabila dia berubah emosi. Dia menjadi malu dan takut berinteraksi dengan orang lain. Hanya dengan cara mengawal emosi dia akan kembali kepada dia yang asal.
Dalam filem ni, banyak ditunjukkan sisi kehidupan remaja dengan konflik dan dilema yang membawa perubahan besar. Meilin dapat menjadikan perubahan tersebut kepada yang lebih baik.
Psttt... Saya ada 3 orang anak perempuan sedang membesar. Tinggal sorang jer lagi nak turning red. Jenuh nak menjaga emosi derang niπ€
“I am my own person, but it doesn’t mean I can do whatever I want.” - Meilin Lee
macam best je..nak kena tengok jugak la camni.
ReplyDeleteSesekali layan..Best
Delete