Review: Biskut Mazola Paling Agong

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya memang peminat biskut Mazola. Pernah buat entry biskut ni sebab teringin sangat nak makan. Lagipun biskut ni senang sangat nak buat. Bahan pun tak banyak. Kalau susah, memang saya tak buat aih.... Dasar pemaaaa...lasss!


Sejak jadi follower Bapa Biskut Kebangsaan FB: khairul hakimin muhammad, saya teringin betul nak rasa biskut Mazola yang diusahakan menggunakan resipi ibunya. Tengok gambar pun dah terliur.

Terliur kan🀀🀀🀀 (kalah orang mengidam)

Saya beli dekat agen berdekatan. Hanya PM di WhatsApp, petang tu juga biskut mazola ni sampai ke rumah saya dengan kos penghantaran RM3 sahaja. 

Biskut ni bukan jenis boleh pos-pos... Kang sampai nanti, makan serdak je.

Saya beli sebalang jer habuan nak merasa.  Harga RM30 (45 biji tersusun tersangatlah cantik). Makan puas kalau awak makan sorang-sorang.

Tekstur : Sangat gebu dan lembut

Saiz anggaran : Diameter duit syiling 20 sen lama dan tebal setengah inci.

Rasa : Sedap. Cair di mulut turun ke hati.

Cadangan saya:  Letak sebelah kacang tanah buat topping. Mesti rangup kena dengan tekstur biskut yang gebu dan lembut.

So far, kena betul dengan tekak saya ni. Cuma kalau makan atas 4 biji tanpa henti, akan rasa kelat-kelat sikit. Saya tak pasti samada ia kesan pewarna topping mazola atau kulit kacang tanah itu sendiri. Ke tekak saya jer ni? 

Maka, hint nya... kalau pergi nak beraya, jangan bedal sebalang biskut raya tuan rumah pula. Makan setakat rasa-rasa sudahlah wehπŸ˜™

Insha-Allah, boleh ulang beli lagi ni. Selagi ada stok sebab permintaan sangat tinggi. Moga bisnes bapa biskut kebangsaan terus maju dan menjadi pilihan penggemar biskut homemade di persada dunia!

Done.

Sharhanah

4 comments:

  1. wahh sedap sangat ni...ms sek menengah dlu suka buat biskut ni sebab mak suka sangat..jadi kita yg sulung ni haruslah belajar buat haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak saya yg sulung pun rajin buat biskut ni. Saya jadi tukang rasa.

      Delete
  2. Masa kecik selalu beli kat kedai runcit. Sedap.

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...