Saya mula berdikari bila dapat sambung pelajaran ke universiti. Semester pertama sahaja saya rasa agak menyusahkan keluarga. Semester berikutnya, saya dah ada PTPTNπ€.
Untungnya, saya ada 4 sahabat daripada sekolah yang sama belajar di universiti yang sama. Balik kampung pun kami travel sama-sama. Perasaan takut dan malu sedikit-sedikit hilang. Saya dah pandai menyesuaikan diri di kampus. Saya punyai teman-teman di setiap negeri di Malaysia. Best kan?
Serius saya katakan, jika saya masih di kampung, saya tetap sama macam dulu. Tak yakin, penakut dan pemalu tak bertempat. Rasa macam katak bawah tempurung. Syukurlah, Allah beri rezeki saya sambung belajar, dapat kenal dunia luar.
Waktu tu saya dapat 2 tawaran tempat sambung belajar... Samada di lembah Klang atau Utara... Dan majoriti keluarga saya memilih utara sahaja disebabkan lebih dekat. Cuma ayah jer yang beria-ria nak saya belajar jauh-jauh. Huhuhu.
Saya masuk Kelab Rekreasi dan beberapa kelab di Universiti. Semester pertama, saya dah sertai Trans Korbu-Gayong. Saya suka aktiviti sebegini. Mendekatkan lagi diri dengan Sang Pencipta. Menduga tahap kesabaran, ketabahan, keberanian, belajar semangat setia kawan, tolong menolong dan banyak lagi.
Camping di Telok Sekadeh, Pulau Pangkor |
Sepanjang belajar di sana, saya banyak sertai aktiviti rekreasi seperti berkhemah, rock climbing, absiling, mendaki, berkayak, rafting.... Budak kampung kan… Alhamdulillah, dapat kawan-kawan semua yang baik-baik. Rezeki. Ukhwah kami sehinggalah sekarang. Tak hairanlah, zaman itu zaman paling best untuk dikenang.
Saya dah panjat Gunung Tahan, Gunung Irau, Gunung Bintang dan beberapa lagi gunung yang setiap kali panjat, ada ceritanya tersendiri. Pengalaman ni bila kumpul-kumpul, jadilah seperti saya sekarang. Alhamdulillah.
Psttt..... Cuma... Tengok gaya anak-anak saya sekarang... Macam tak ikut mamanya punπ€.
Ini adalah sambungan daripada entry Keyakinan di Atas Sifat Takut dan Malu?
Sharhanah
No comments:
Post a Comment