Raya 1445H: Tahun Ni Tak Balik Kampung

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tahun lepas, saya beraya di kampung. Tahun ni, suami kena keje. Maka, berayalah kami di rumah. Anak bongsulah yang paling sedih tak dapat balik kampung. Tahun ini adalah tahun pertama dia berjaya puasa penuh. Dia bukan faham situasi pun. Saya sebagai ibu, kenalah cipta suasana agar kemeriahan Hari Raya tetap terasa.

Malam terakhir solat sunat tarawih, saya dan anak-anak bersolat di surau. Orang taman perumahan kami ramai yang dah balik kampung. Mungkin nak merasa suasana last berpuasa di sana. Sempatlah bagi duit raya pada anak-anak jiran sebelah sebelum mereka bertolak balik.

Sunyi je taman kami. Anak-anak saya mati kutu sebab takde kawan nak mainπŸ˜…

Malam raya

Anak sulung saya, Sofea... tugasnya seterika semua pakaian raya. Kalau dekat kampung, waktu macam ni... saya dan adik-beradik yang lain dah sibuk tukar langsir, tukar sarung kusyen dah.

Anak ke-2, Arissa excited pula nak buat biskut raya. Biarlah dia bizi-bizi di dapur. Saya dah tak kuasa nak melayan biskut. Mata dah ngantuk. 

1 Syawal 

Saya bangun awal, sebab dah biasa siapkan sahur kan. Keluarkan rendang dalam freezer (buat sehari awal) dan panaskan, kukus ketupat palas dan rebus ketupat nasi. Masukkan biskut raya ke dalam beberapa balang dan susun di atas dulang khas. Saya kejutkan semua anak-anak untuk mandi dan niat mandi sunat Aidilfitri. Sorang-sorang bangun. Lepas tu solat subuh.

TV channel Al-Hijrah saya buka awal. Baru suasana hidup. Takde la sunyi sepi dalam rumah macam tanah perkuburan.

Masing-masing bersiap untuk ke masjid yang berdekatan dengan rumah. Anak-anaklah paling teruja dapat mengenakan baju raya baharu. Setahun sekali je dapat. Anak-anak dara paling lama duk adjust tudung. Geram pula mak dia. Hahaha. 

Sunat memakai wangi-wangian dan kami bersarapan dulu sebelum bertolak ke masjid. Ambil wudhu siap-siap dan kami berenam menaiki kereta untuk ke masjid. 7.45 pagi kami dah sampai.

Saya dan 3 orang anak perempuan, masuk ke ruang solat muslimat yang masih ada 60% ruang kosong waktu kami sampai. Kami mengenakan telekung dan duduk dalam saf. Takbir Raya pun bermula. Bergema di seluruh ruang. Bersahut-sahutan memecah sunyi memuji Ilahi.

Allah Maha besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji hanya milik Allah.

Ruang solat sudah mulai penuh. 8.30 pagi, imam masjid beri sedikit taklimat dan memulakan solat sunat Aidilfitri. Selepas tu, ada Khutbah Solat Aidilfitri. Selesai semuanya, kami bersalam-salaman. Anak bongsu saya, Zahra seronok dapat duit raya daripada salah seorang jemaah yang hampir dengan kami.

Kami balik ke rumah dalam pukul 9.15 pagi. Nak balik rumah ikut jalan lain, terlalu jauh la pula memandangkan suami saya masuk kerja pada pukul 2 petang (bawa siap-siap baju kerja). Kami sampai rumah, sambung makan dan kemas-kemas untuk beraya di rumah mak saudara di Kampung Pandan pula. Bawa sedikit buah tangan dan memulakan perjalanan. Alhamdulillah, jalan raya sangat lancar dan terasa jalan raya sendiri punyaπŸ˜‚

Sampai di rumah mak saudara suami, kami dijamu dengan kuih raya, lontong dan lauk-pauk. Jamah la sedikit walaupun perut masih kenyang. Borak-borak kejap, dah nak dekat pukul 1 tengahari. Kami minta diri sebab nak hantar abahnya ke tempat kerja. Bersalam-salaman minta maaf zahir dan batin sebelum balik. Macam tu lah kalau beraya kalau ada orang kena keje. Beraya pun sekejap jeπŸ˜‚

Tahun ni, adalah tahun pertama beraya tanpa arwah ayah. Tanpa redah jem dan tanpa saya perlu apply cuti raya. Balik kampung hanya ada mak. Mak nak datang ke rumah saya pada 2 Syawal. Hehehehe, sebab tu saya okey je tahun ni tak balik kampung.

Pagi 1 Syawal 1445... Keluarga kecil saya

Ikuti kisah Raya Aidilfitri 1444H

Sharhanah

12 comments:

  1. cantiknya gamabr raya...SA pun raya tahun ni biasa2 je..Mak dah takde kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Edited & self-timer πŸ˜‚. Vibes raya dah tak sama macam dulu.

      Delete
  2. Ooooohhhh... Mak datang... Patut lah lek je....hehehehe

    ReplyDelete
  3. xpe, kite belajar berseronok dgn keluarga kecil kan... :D

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya buat puan sekeluarga 🌹
    Asalkan bersama yg tersayang, raya di mana pun tetap meriah Insha Allah

    ReplyDelete
  5. Cantik gambar raya.
    Walau tak balik kampung tapi tetap dapat meraikan walau sederhana, paling best bila mak nak datang rumah.. kan..
    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Sharhanah dan family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah... takde la terasa kosong sangat. Selamat Hari Raya Aidilfitri juga buat aizamia3.

      Delete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...