🌿 Let's Be Friends

Cara Kecilkan Saiz PDF Dalam 2 Minit (100% Selamat & Free!)

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sebelum kita masuk kepada langkah teknikal, ada satu prinsip penting yang wajib kita ingat. Dalam dunia keselamatan digital, ada satu pepatah ringkas yang sering dipesan:

"Mencegah kebocoran data itu jauh lebih baik dan mudah daripada cuba mengubati kesannya selepas maklumat kita disalahgunakan."

Apabila urusan kita melibatkan dokumen peribadi yang mengandungi maklumat sensitif (seperti nombor kad pengenalan, slip gaji, atau maklumat kewangan), prinsip utama yang wajib kita pegang ialah jangan sesekali mengambil mudah tentang privasi.


Sebagai seorang admin, saya kerap berhadapan dengan situasi ni: Kita dah siapkan semua dokumen penting untuk urusan rasmi, dah tersusun rapi, dan tinggal nak hantar je. Sekali masa klik butang submit dekat sistem, skrin bertukar merah dan keluar amaran: "Ralat! Saiz fail terlalu besar. Had maksimum 2MB sahaja." MASA NI MEMANG BOLEH GUGUR JANTUNG! Gabra, rungsing, semua ada lah sebab tak tahu celah mana nak buang saiz fail tu lagi.

Bila dah cemas macam ni, ramai antara kita yang ambil jalan pintas. Terus Google cari website online untuk kecilkan fail. Tapi, pernah tak kita terfikir... selamat ke nak upload dokumen peribadi yang ada gambar kad pengenalan, slip gaji, dengan penyata bank kat laman web pihak ketiga yang entah dari mana datangnya tu? Silap hari bulan, habis maklumat peribadi kita kena curi dan disalahgunakan!

Jangan risau, kita sebenarnya tak perlukan internet atau perisian berbayar pun untuk setelkan masalah ni. Tak kira lah kita pengguna Pixelbook (ChromeOS) atau laptop Windows (Google Chrome), semua laptop ni dah ada 'senjata rahsia' sedia ada untuk compress fail PDF jadi ringan dalam masa 2 minit secara offline.Jom kita tengok cara magis dan 100% selamat ini mengikut jenis laptop dan pelayar (browser) yang kita guna:

KATEGORI 1: Pengguna Pixelbook (ChromeOS)

Pixelbook ni memang super power sebab sistem ChromeOS dia sangat laju untuk urusan dokumen.

Langkah 1: Buka aplikasi Files di sebelah window Chrome tadi. Drag and Drop" (Tarik & Lepas) terus ke pelayar Google Chrome macam biasa. Fail PDF tu akan terus dipaparkan di skrin Chrome korang.

Langkah 2: Tekan Butang Pintasan Cetak (Print)

Bila fail PDF dah terpapar di skrin, tekan butang Ctrl + P serentak pada papan kekunci. Satu tetingkap cetakan (Print preview) akan muncul.

Langkah 3: Tukar Destinasi Kepada "Save as PDF"

Dekat bahagian menu Destination (bucu kanan atas), klik dan tukar pilihan daripada pencetak fizikal kepada Save as PDF.

Langkah 4: Simpan Fail Baharu (Selesai!)

Klik butang Save di bahagian bawah, berikan nama fail baharu (contoh: Dokumen_Ringan.pdf) dan klik Save.

KATEGORI 2: Pengguna Windows (Guna Google Chrome)

Kalau yang pakai laptop Windows biasa dan pelayar utama ialah Google Chrome, caranya lebih kurang sama dengan Pixelbook:

Langkah 1: Buka PDF Guna Chrome

Klik kanan (right-click) pada fail PDF besar tersebut, pilih Open with, kemudian klik Google Chrome. Fail akan dibuka dalam tab baru.

Langkah 2: Aktifkan Menu Cetak

Tekan butang Ctrl + P pada keyboard korang untuk buka tetingkap cetakan.

Langkah 3: Pilih "Save as PDF

"Tengok pada menu Destination di sebelah kanan. Pastikan pilih Save as PDF (bukannya nama mesin printer rumah kita ya!).

Langkah 4: Klik Save

Klik butang Save di bawah, pilih folder simpanan, dan siap!

Jadi lepas ni, tak payah pening-pening lagi kepala kalau sistem menolak fail dokumen kita dah. Tak perlu lagi nak gadai keselamatan data peribadi dekat laman web entah apa-apa. Guna je fungsi sedia ada dekat laptop tu semaksimum mungkin. Fail pun dah ringan, hati pun dah tenang!

Selamat mencuba! Kalau ada langkah yang tak menjadi atau laptop anda keluar paparan yang pelik, cer cerita dekat ruangan komen bawah ni, nanti kita setelkan sama-sama

- Sharhanah

No comments:

Post a Comment