Bagaimana Mengekalkan Rumah Sentiasa Bersih?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Siapa suka rumah bersih? Angkat lengan!

Bila duduk rumah, kerja memang tak pernah nak habis. Hari-hari ulang benda yang sama. Terfikir juga, solat pun kena buat hari-hari. Maka, selagi bernafas selagi itulah kehidupan perlu diteruskan. Mana boleh jemu. Buat je. Jangan mengeluh. Lagi-lagi bab untuk mengekalkan kerbersihan rumah. Yerlah, 24 jam saya duduk di rumah.  Kenalah bijak mengatur tugas memandangkan saya juga bekerja dari rumah. Pengurusan masa sangat penting.

Tapi kan, mana la larat nak buat semua. Saya ikut ni je;

Setiap hari

Kemas cadar, bantal dan tilam
Lap meja
Lap sinki dapur
Sapu lantai 1 rumah!
Buang sampah

Seminggu sekali

Lap kabinet TV
Berus lantai & dinding tandas
Bersihkan cermin di ruang tamu, bilik tidur dan bilik mandi
Lap habuk di rak
Tukar cadar dan sarung bantal
Vakum permaidani
Mop lantai

Sebulan sekali

Bersihkan oven dan microwave
Bersihkan peti sejuk
Bersihkan tong sampah
Buang sawang

Setahun sekali

Cuci karpet
Cuci tingkap
Cuci langsir

Anggap je buat aktiviti mengemas ni umpama senaman ringan. Penat tapi sihat.

Sharhanah

9 comments:

  1. Tak habis mengemas hari2 kan. Cie pulak kureng suka mengemas. Lebih suka masak. So husband take part mengemas. Wife buat time rajin je. Hihi

    ReplyDelete
  2. good tips dik, kak ana kalau rumah tak kemas mula lah pening kepala tengok kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan saya. Nak buat keje lain pun tak tenteram.

      Delete
  3. Hari hari mengemas. Naniey sehari 2-3 kali sapu dan mop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mop tu kalau lantai kotor, memang bukan seminggu sekaki dah, akan jadi seminggu 3 kaliπŸ˜…

      Delete
  4. kerja rumah memang kerja yang tiada noktah. Bila weekend mmg ammi kerah anak-anak turut sama bersihkan rumah. biar penat sama-sama dan biar droang tau mengemas tu tak mudah.

    tapi tang mop tu ammi memang mop 2 hari sekali sebab rumah ammi ada kucing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Perlu ajar anak sejak diorang masih kecil lagi. Cima bab mop, anak-anak saya tak pandai guna. Habis basah lantai. Terfikir cara macam nak suruh lap lantai guna kain je... Macam dekat Jepun tu.

      Delete
  5. Ya, kena buat jugak walaupun tak mahu. Hahaha. Lipat pakaian ok, cuma bab nak angkat masuk almari tu... ya Allah, malas betul saya. Kalau pakaian tu beratur masuk sendiri dalam almari kan bestπŸ˜†

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...