Kisah Seram: Rumah Inap Atau Rumah Tinggal?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Entry kali ini agak seram sikit yer. Dah lama nak sambung kisah percutian ke utara, asyik terlupa je. Untuk yang belum membaca kisah percutian saya sekeluarga, boleh ke pautan di bawah dulu ya untuk ambik feel. Hehehe... Kalau yang dah baca, sila skip untuk terus ke kisah seram. 

Empangan Timah Tasoh - Petang Yang Mengasyikkan!

Kami kembali semua ke rumah inap/homestay selepas menikmati pemandangan lewat petang di Timah Tasoh. Perjalanan pulang hanya mengambil masa 13 minit sahaja. Tidak lah jauh.

Saya suka homestay ni sebab dekat betul dengan jalan raya utama. Rumahnya bersih dan selesa. Tuan rumah pun baik. Kami banyak berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp sejak menempah sehinggalah daftar keluar.

Tuan rumah pun tinggal berdekatan. Mudah nak panggil kalau-kalau network coverage tak okey. Mana la tahu kan...

Kami sampai dalam pukul 8.15 malam. Tak sabar nak bersihkan diri dan solat. Pastu nak tidur. Waktu untuk rehatkan badan setelah seharian di luar.

Sampai di halaman rumah pada pukul 8.20 malam. Dongak je nampak bulan.

Kami memberi salam untuk masuk ke rumah. Itu telah menjadi kebiasaan kami sekeluarga. Selepas pintu rumah dibuka, suis lampu ruang tamu dihidupkan. Tetapi lampu tidak menyala. Hanya lampu di bilik sahaja yang ok.

Saya tak kisah sangat sebab nak tidur je kan. Tapi, jadi kisah pula bila bekalan air paip tak ada. Dah la belum solat lagi. Nasib baik masih ada air di paip luar rumah. Boleh la berwudhu dan solat dulu.

Saya WhatsApp tuan rumah untuk memberitahu masalah yang sedang dialami. Tuan rumah inform ada gangguan bekalan elektrik yang mungkin mengambil masa untuk pulih. Elektrik tu ok, cuma air takde ni macam mana?

Tuan rumah datang berjumpa dengan suami di luar. Dia inform nak bawa kami tukar homestay beliau yang lain. Saya ok, janji ada air. Kami pun bersiap. Semua beg kami bawa masuk bonet kereta dengan harapan, next homestay lagi best lah.

Kami follow dari belakang kereta tuan rumah. Homestay kali ini terletak di taman perumahan. Perjalanan mengambil masa dalam 10 minit juga. Keadaan pukul 9 malam agak lengang. Memang berbeza dengan lembah Klang. Santai betul.

Kami sampai di depan rumah disambut dengan hujan renyai. Saya masih di dalam kereta sambil menunggu tuan rumah buka pintu. Tengok tuan rumah berkali-kali juga cuba membuka kotak untuk mengambil kunci rumah.

Saya fikir, sah tuan rumah ni jarang ke sini atau homestay ni kawan dia yang punya. Takpe lah, saya dah tak sabar nak tidur. Mata saya dah layu. Suami dan anak lelaki saya yang masuk dulu bersama tuan rumah. Tunggu diorang sembang-sembang dulu. Baru saya nak masuk.

Selepas memberi salam, saya pun masuk. Pertama kali saya berjumpa tuan rumah face to face. Oh, baya-baya abang saya je ni. Dia peramah dan sangat berbudi bahasa. Sebelum dia minta diri, dia berpesan, esok boleh balik ke homestay pertama semula. La.. Ingatkan terus di sini. Penat je angkut semua beg. Kah kah kah. Macam kena prank!

Saya terus menuju ke dapur. Nak tengok lah macam mana rumah ni. Ya, besar. Dua tingkat. Bahagian dapur luas. Tapi bukan macam homestay. Macam rumah tinggal je. Serammmm. Langsung saya tak ambil gambar disebabkan faktor mengantuk, keadaan yang tak menarik dan suram. Tak tau nak cakap macam mana, warna cat rumah pun saya tak berkenan.

Masuk tandas, sabun pun tak ada. Lantai pun banyak dengan taik cicak. Boleh bayangkan tak? Memang ini rumah tinggal. Rasanya tuan rumah pun tak bersedia untuk beri kepada tetamu menginap. Masalah diluar jangka. Kalau saya tahu awal, memang saya tak ambil offer untuk bermalam di sini. Biarlah air takde sekejap. Esok pagi mesti ada kan...

Masuk bilik berdekatan ruang tamu tu, mak aiii.... Berhabuk! Jenuh kibas-kibas. Tilam pun tak berapa nak selesa. Penghawa dingin, alhamdulillah... Sejuk kemain.

Saya bercadang nak naik ke tingkat atas. Konon nak tinjau-tinjau bilik mana yang best... Sekali tak jadi. Tengok tangga pun seram weh! Anak-anak pula pakat tak nak tidur bilik berdekatan dapur tu. Semua nak tidur dekat ruang tamu sebab ada TV. Bergaduh pula pakat nak tidur di tengah.

Yang anak lelaki, tidur atas sofa. Yang kakak-kakak dan adik bentang toto depan TV. Saya dan suami, tidur dalam bilik berdekatan ruang tamu. Saya tengok rumah ni pun tak terurus dan aura tak best. Malas nak cakap lebih memandangkan semua perancangan percutian saya yang uruskan dari A sampai Z. Tak sangka pula jadi macam ni. Tidurlah. Malas fikir. Esok nak ke Wang Kelian layan matahari terbit.

Malam tu, tidur memang tak berapa nak nyenyak. Sejuk sangat la, tilam tak best la..tapi boleh lena juga. Jenis tidur awal, kalau diberi pilihan... Ada makanan best dan bantal, pilih yang mana? Saya pilih bantal. Bak peribahasa, bagai orang mengantuk disorong bantal. Tiberr.

Saya tak tahu saya lelap pukul berapa. Yang saya tersedar, bangun sebelum subuh. Saya gosok gigi dan ambil wudhu. Kejutkan anak-anak dan buka TV9 dengan harapan, rutin seperti di rumah. Mudah untuk anak-anak bangun. Kami perlu bertolak ke Wang Kelian pukul 6.30 pagi.

Anak bongsu saya demam rupanya. Rasa dahi dia, panas. Patutlah bermalasan nak bangun pagi. Semua siap solat dan kami keluar tepat pukul 6.30 pagi. Kunci dikembalikan ke dalam kotak yang disediakan. Selepas itu, kami pun bertolak selepas pintu pagar ditutup.

Dalam perjalanan barulah keluar cerita pasal malam tadi. Anak kedua saya bercerita yang dia tak boleh nak tidur. Dia nampak satu lembaga melintas laju menaiki tangga dari dapur rumah. Fuh! Nasib baik tak tidur dekat tingkat atas. Tempat dia rupanya. Mungkin, dia turun ke dapur...sekali ada tetamu daaa... tu yang dia terkejut terbang laju naik balik ke tingkat atas.

Tapi, macam mana pula si bongsu sampai boleh demam? Adakah dia pun nampak kelibat yang sama? Atau diganggu??

Hanya dia sahaja ada jawapannya.....
 

Seram seram sejuk,
Sharhanah

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. semuanya selamat.
    Hanya disebabkan penat + mengantuk redha jelah tidur, nak pilih tempat lain dah lewat malam kan. Syukur anak2 tak meragam sepanjang malam walau si kecik demam sudahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Pengalaman berharga๐Ÿคญ

      Delete

⚠️๐ƒ๐ข๐ฌ๐œ๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ซ Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post ๐Ÿฅ•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...