Jom Beralih Ke Unifi Mobile Postpaid Ultimate Plan

Saya akan beralih ke unifi Mobile Postpaid Ultimate Plan (Unlimited Data, Calls, and Texts) tanpa kontrak. Sim kad dah sampai, cuma masih menunggu SMS daripada pengendali rangkaian lama saya untuk mengesahkan peralihan ini.

Sebenarnya, boleh je tukar nombor yang baharu. Tetapi bila difikirkan balik, banyak keje saya nanti. Sudah la tak banyak masa. Memang cari penyakit πŸ˜…

Kenapa saya tukar?

Sebab saya adalah pelanggan Unifi. Saya layak mendapat langganan tanpa kontrak. Ini yang saya suka, bebas.

Sebenarnya plan ni dah lama,  sejak 2019. Tapi dilanjutkan tempohnya sehingga sekarang. Asalnya, harga RM99. Mungkin nak tarik pelanggan, harga diturunkan kepada RM59. Kenapa la tak RM50 saje kan.

Disebabkan rangkaian lama saya (pra bayar) tidak menawarkan unlimited data walaupun sudah setia lama dengannya, saya merajuk dan beralih arah. Sebenarnya cukup saja data yang diberi memandangkan banyak masa saya di rumah (wifi). Tapi, akan jadi masalah bila travel ke luar daerah. Telefon saya jadi mangsa personal hotspot anak-anak. Data habis, nak guna Setel pam minyak pun tak boleh. 

Pendaftaran sangat mudah. Sim kad cepat sampai terus ke rumah. Aplikasi pun mesra pengguna. 

Cuma katanya, coverage sangat tip top di kawasan bandar. Kawasan cerok tu, agak sadis lah. Saya boleh terima lagi disebabkan saya bukan selalu keluar rumah. Boleh la nikmati liputan 5G selepas ni. Huhuhu... Laju-laju sangat nak pi mana???

Sharhanah

2 comments:

  1. Tak silap awal2 dulu RM39 lepas tu naik RM59..lepas tu turun naik harganya..saya pernah pakai tapi takde line dekat kampung huhu

    ReplyDelete
  2. Oh ye ke… dapat time murah best lah. Berbaloi-baloi.

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...