Cara Sidai Pakaian Agar Cepat Kering

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani

Perasan tak? sekarang cuaca dah tak macam tak menentu. Musim panas pun dah jarang-jarang. Asyik mendung je. Petang atau malam hujan turun selebat-lebatnya. Kurang sejam, hujan dah berhenti. Syukurlah kalau sidai pakaian awal, kalau lambat? Memang payah keringlah.

Saya tak ada pengering pakaian. Bertabahlah kalau hari-hari hujan. Cuma ada beberapa tips untuk cepatkan pakaian agar mudah kering.

Paling utama, sidai pakaian sebelum pukul 9 pagi! Kalau sidai kain pukul 5 petang, sila abaikan posting ini.

Masa keluarkan pakaian dalam mesin basuh, ambil satu-satu dan terbalikkan (untuk menjaga warna pakaian agar tidak mudah kusam). Kibas pakaian untuk mengurangkan kedutan dan elakkan pakaian berlipat. Terus masukkan ke dalam bakul untuk di bawa ke ampaian.

Guna penyangkut baju untuk sidai semua jenis pakaian. Gantung pakaian secara lurus. Guna penyepit kiri dan kanan untuk kain sarung dan tuala mandi.

Sidai semua  pakaian mengikut jenis pakaian. Baju satu geng, seluar satu geng, pakaian dalam satu geng, sarung kaki satu geng, pakaian sekolah satu geng.

Pastikan "mereka" tidak terlalu rapat. Jarakkan "mereka" agar "mereka" tidak bergosip tentang anda.  Kalau rapat sangat, dijangka proses untuk kering juga agak lambat. 

Selepas Asar, dah boleh kutip pakaian di ampaian. Seronok nak melipat kalau pakaian semua masih panas-panas. Mudah melipat dan kurang sungguh kedutannya.

Saya suka ampaian di kampung. 1 tali diikat dari satu pokok ke satu pokok yang lain. Sidai tanpa guna penyangkut baju. Hanya guna penyepit. Memang mudah sangat nak kering. Kekurangan? Banyak semut hitam melata sepanjang tali ampaian tu. Kalau banyak pakaian, ampaian pula tak cukup. Kena sidai ikut batch. Batch pertama kering, kutip, sidai batch ke-2 pula. Begitulah seterusnya. Perlu ada mood rajin ditahap maksima. Kalau malas, ke dobi juga akhirnya🀭

Pstttt.... Pernah terfikir perkara pertama lepas diberhentikan keje, nak buat bisnes melipat kain di beberapa dobi depan rumah. Akak belum kuat.

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...