🌿 Let's Be Friends

Resipi Biskut Kacang

BISKUT KACANG

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang tanah
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan /gula aising
  • 1 cawan minyak jagung (saya guna jenama Daisy)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 biji kuning telur

Cara-cara:

  1. Sangai kacang tanah dalam air fryer. Suhu 180 darjah celsius, 10 minit
  2. Masa kacang masih suam-suam, boleh ramas kacang untuk keluarkan kulit. 
  3. Sukat 2 cawan kacang tanah dan kisar (jangan terlalu halus atau kasar). 
  4. Ayak tepung gandum dan gula aising.
  5. Tambah garam dalam kacang kisar untuk dapatkan rasa lemak-lemak masin.
  6. Tuang masuk bahan ayak sikit-sikit dan gaul sampai jadi macam serbuk breadcrumb.
  7. Bila dah sebati, boleh tuang masuk minyak jagung sikit demi sedikit dan sambung uli sampai dapat doh yang lembut dan mudah dibentuk.
  8. Bentukkan biskut kacang dan susun atas loyang.
  9. Pecahkan telur dan ambil kuning telur saja. Tambah sedikit pewarna oren (jika suka) dan kacau sebati.
  10. Sapu kuning telur atas biskut. Sapu sikit-sikit je.
  11. Bakar dalam oven suhu 160°C masa 20-25 minit.
  12. Kemudian keluarkan dan sejukkan sebelum simpan dalam balang.
Tip:
  • Kalau nak ganti gula aising dengan gula pasir pon boleh, kisar halus dan kemudian ayak macam biasa.
  • Untuk bentukkan biskut kita boleh sukat doh dengan sudu (measuring spoon), kemudian bentukkan bulat. Cara ni memang senang untuk dapat saiz yang sekata dan tak perlu timbang.
  • Atau satu cara lagi, boleh canai doh tebal anggaran 1 cm dan terap dengan acuan. Boleh buat bentuk macam-macam. Cara terap ni memang cepat.
  • Selepas bentukkan, kita boleh tekan (leperkan biskut) supaya lebih cepat la biskut ni masak, sebab tak terlalu tebal. Kalau bulat sebiji-sebiji takut dalamnya nanti ambil masa la nak masak, takut mentah dalam tu nanti.
Sumber asal: Che Nom

No comments:

Post a Comment