Pengalaman pakai RFID


Assalamualaikum,

Duduk Lembah Klang ni, nak keluar je banyak kena lalu tol. Daftar masa RFID mula diperkenalkan 3 tahun lalu. Senang aku nak pi keje. Top up semua dalam Touch n Go e-Wallet. Mudah. 

Waktu tu, tak ramai yang pakai lagi. Kiranya lane RFID tak banyak kenderaan lalu. 1 ja pun laluan dia. Hat lain touch n go dan smart tag. Seronok aku rasa... lalu lane RFID dengan tenang tanpa nak Q panjang2 mcm lane lain. Aku ada smart tag tapi leceh kalau habis bateri.

Kelemahan RFID awal-awal tu, tak detect... Kena reverse balik. 2, 3 kali gak. Aku sabar sebab masih dalam kajian perintis. Kadang bukan kita, orang depan reverse dengan kita2 sekali kena reverse. Lemah

Sticker RFID kalau dah pi tanggal, memang xleh pakai dah. Sangat manja. Time aku pasang tu..masih percuma.. Kena daftar online, dapat tarikh janji temu dan bawa geran kete untuk mudahkan urusan melekat. Semua depa yang buat. Ni kalau cermin pecah, dengar kata kena beli sendiri dan pelekat sendiri lah.

Aku link kad touch n go aka mykad dengan apps. Senang nak tengok baki. Sampai sekarang aku tak faham, kenapa tak leh nak top up kad touch n go terus pakai apps. Kenapa nak jadi 2 akaun? Dengarnya 2 company berbeza. Jenuh aku top up mykad di kaunter jika aku nak balik kampung menggunakan Plus Highway. 

Ada highway yang support PayDirect. Baki kad kurang, akan ditolak pada e-wallet. Masih ada lagi highway yang tak support. Tu yang mau tak mau kena top up juga.

Paling lawak, asal nak lalu lane RFID jadi kecut perut takut palang tak terangkat. Malu oiii. Mau kena hon duk terhegeh2 nk reverse 2,3 kali gak la percubaan nak merentas palang. Tak canggih tul. 

Lagi satu, mudah bagi aku nak track balik kete aku tu pi mana... Bila bunyi notifikasi pada apps, satu rumah aku laung, "Abah dah nak sampai!" Kalut la anak-anak kemas apa yang bersepah.

Harap RFID perbaiki dulu kelemahan yang duk ada ni. Mudahkan pengguna. Kot satgi dah semua pakai... Masalah tak settle, lagi duk tambah jem kot ataih.

Ka tak payah tol terussssss

Hehehe

Sekian.

Comments

  1. Wahhh.. Tuhlah.. ingat nak try... tapi risau jadik kelemahan kelemahan seperti itu... MALASS NAK LAYAN tang tu... Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha-Allah...sekarang ni dah okay. Saya pakai time awal2 diperkenalkan. Mmg byk yg kena improve waktu tu.

      Delete
  2. Isu RFID ni dah lama. Tak tahu kenapa sampai sekarang masih dah diperbaiki lagi.
    Kalau ikut masa RFID ni mula-mula keluardedulu memang ada niat nak pasang kat kereta. Tapi dek kerana ramai yang kata bermasalah. Tak jadi nak pasang. Sudahnya setia kepada TnGo saja 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu percuma. Sekarang dah kena bayar. Byk yang best pasal RFID ni sebenarnya. Tapi itulah… harap derang improve apa yang masih kurang.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts