Banyak Perabot Serbuk Kayu Rosak

Dalam pukul 12 tengahari, air banjir surut. 

Alhamdulillah... Kami dah bersiap-siap nak balik ke rumah. Semua teruja. Salah satunya, anak-anak nak turun nak main air banjir. Memang saya tak kasi lah. Sebab air banjir sangat kotor.

Anak-anak mengintai dari tingkap

Masa kami turun dari rumah jiran, air paras paha. Habis barang jiran yang letak di bawah bergelimpangan. Terfikir macam manalah rumah kami pula.

Kami sekeluarga meranduk air banjir. Keadaan air banjir yang berminyak dengan warna teh susu membuatkan saya terfikir lagi. Habislah... Kena baju jenuh nak menyental.

Sejuk betul air banjir ni. Ingatkan dah tengahari air akan rasa suam macam air laut๐Ÿ˜…. Punyalah tak pernah merasai air banjir. Macam manalah mangsa yang tak dapat berpindah, menunggu bantuan dalam keadaan macam ni. Allahhu.

Kami sampai di rumah, bot ada di tepi. Itu pun, ramai jer budak-budak yang naik main. Kemain nakal derang yer. Punyalah happy main air banjir. Hurmmm...

Pintu nak masuk rumah pun tak boleh buka. Rupanya, sofa menghalang. Terpaksalah suruh anak laki masuk menerusi tingkap dan menolak sofa tersebut. 

Bila pintu dapat dibuka, rasa macam mimpi pula. Habis perabot rosak, peti ais dan tong gas terbalik, penapis air pun rebah, lantai rumah tak payah cakaplah.

Rupanya, paras banjir malam tadi cecah pinggang. Ada garisan di dinding. TV selamat sebab lagi sikit je air banjir nak kena dia. Fuh! Alhamdulillah... Panjang umur TV tu ya...kami beli masa mula pindah ke sini... Dah 12 tahun.

Saya masuk bilik. Paling berdebar nak tengok katil Coway tu. Bila pegang, takde basah pula. Bersih jer. Cuma katil tu beralih arah. Kain baju atas tilam semua elok tak kena air banjir. Pelik!

Rupanya, katil tu terapung! Frame katil tu jenis kalis air. Patutlah tak teruk kotornya. Syukur sangat-sangat. Kalau tak, habis tilam...habis baju yang saya letak atas katil tu. Usaha saya yang tak seberapa waktu air sedang naik.

Tilam anak-anak habis kena banjir. Yang selamat, tilam anak yang duduk asrama. Dia duduk atas. Dulu merebut sangat dengan kakaknya, semua nak tidur bawah. Sekali, bila jadi macam ni... Baru tahu hikmah duduk di atas.

Paling malang, pakaian anak si bongsu. Habis basah sebab baju dia diletakkan pada aras paling bawah. Mudah nak ambil kekdahnya. Maka, dia soranglah yang takde pakaian bersih. Cian dia. 

Mesin penapis air pun jatuh ke lantai. 

Peti sejuk pun menyembah lantai. Syukur masih elok sehingga kini

Tengok keadaan rumah, dah macam orang lepas mengamuk. Kuat betul arus banjir ni kan. Saya redha. Sudah takdir. Yang pastinya ada hikmah. Bukan saja-saja Allah nak bagi saya merasainya. 

Kami mula membersihkan rumah. Buat setakat yang mampu. Keluarkan perabot-perabot yang rosak. Memang banyak keje. Kadang sampai lupa nak makan. Petang tu barulah bantuan sampai. Alhamdulillah. Jiran-jiran atas yang tidak terkesan sangat dengan banjir banyak membantu jiran-jiran rumah bawah. Merekalah yang hantar makanan rumah ke rumah. Harapkan kami nak ambil di Pusat Perpindahan Banjir (PPS) memang tak lah.

Ada juga jiran atas yang kerugian disebabkan kereta masuk air banjir. Duit juga tu. Kos agak tinggi nak pebaik balik kepada keadaan asal.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

⚠️๐ƒ๐ข๐ฌ๐œ๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ซ Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post๐Ÿฅ•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...