Jiran Yang Baik

Dalam kepala masih berfikir, air paras mana yer nak kena selamatkan diri??? Bot dah standby

Air dalam rumah baru paras buku lali waktu tu. Sebenarnya saya masih ada masa untuk alihkan PC all-in-one saya tu ke tempat yang tinggi. Hanya ada beberapa tempat yang saya kira selamat seperti di atas katil double decker anak, tabletop, rak atas TV dan atas bumbung almari. Disebabkan panik, saya lupa tu semua.

Syukur, anak yang balik asrama aritu, dia langsung tak kemas luggage. Semua pakaian dari asrama masih dalam luggage, mudah bagi dia selamatkan luggage tersebut dengan meletakkan di atas katil double decker sekali humban jer. Settle. Cuma buku teks sekolah masih di rak buku aras paling bawah. Itu pun tak teringat langsung nak ubah. Hurmmm.

Saya bersama backpack keluar dari rumah dengan suami dan anak-anak hanya sehelai sepinggang. Dalam kepala fikir nak ke surau je. Kebetulan surau memang terletak di kawasan tinggi. Fikir pula, orang taman sebelah dah ramai ke situ memandangkan taman diorang awal-awal dah ditenggelami air. Sesak, terfikir cik Covid pula. Aishhh.

Tergerak hati nak tengok phone memandangkan dari sibuk-sibuk tadi tak sempat belek. Ada notifikasi daripada jiran depan yang mempelawa kami ke rumahnya. Rumahnya di tingkat atas. Alhamdulillah... Ada tempat kami untuk berteduh sementara nak tunggu air surut.

"Abang, kak June ajak ke rumahnya," lepas baca Whatsapp, saya masukkan balik phone ke dalam poket seluar.

Kami enam beranak dah dekat luar dengan bot. Si bongsu yang masih mamai-mamai, anak laki dan saya sendiri duduk dalam bot. Waktu tu air dah paras betis. Saya nak jalan jer, suami tak kasi. Tapi, bila teringat balik dengan diri ni tengah menstrual, leceh juga kang basah seluar, saya akur yang tempat saya memang ditakdirkan di dalam bot. 

Malu betul dengan cik suami. Dulu isteri dia membebel pasal bot ni, at last isteri tu sendiri yang naik. Kalau bot tu boleh bercakap, mana nak letak mukaaaaa saya niπŸ˜‚

Kami menghala ke rumah Kak June. Dalam 150 meter je. Tapi, nak mengharung air banjir bukan mudah juga. Kena hati-hati sebab ada barang yang hanyut, benda tajam yang tak nampak.

Alhamdulillah, sampai juga kami di rumah jiran. Jiran sediakan pakaian bersih untuk kami. Bancuhkan air Milo panas, sediakan tempat tidur yang selesa untuk kami. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan jiran kami ini. Saya nak tidur pun risau sebab bila jenguk ke bawah, paras air semakin naik. Nak call suami pun dia tak bawa phone.

Hanya suami je yang di bawah. Katanya nak tolong jiran-jiran yang memerlukan bantuan.

Ya, Allah! Phone bisnes masih di rumah. Rasa-rasanya di atas katil. Macam mana nak suruh suami ambilkan? Dia dah naik bot menghala ke kanan. Sayup-sayup dia semakin jauh dan semakin jauh. Pandangan saya dah terlindung dengan daun tingkap. Kecewa.


Bersambung.....

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...