بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Saya terpanggil untuk join giveaway yang agak istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-17 blog Saje Suka-Suka milik Notie ni. Pejam celik, sudah 17 tahun blog beliau mewarnai dunia penulisan maya sejak November 2009. Satu tempoh yang cukup matang dan membuktikan kesetiaan tuan blog dalam berkongsi cerita. Hebat kan? Blog saya baru berusia 5 tahun, masih tadika... hahaha jauh lagi perjalanan.
![]() |
| Klik gambar untuk ke entri asal |
Bagi menjawab tugasan yang diberikan, ini perkongsian ikhlas daripada saya ye:
Apa yang best bila masuk blog Saje Suke-Suke?
Saya suka singgah sebab suasana blog ni sangat santai, mesra, dan tak la terlalu formal. Macam tengah bersembang dengan kakak sendiri sambil minum petang. Tuan blog pun rajin balas komen rakan-rakan blogger lain.
Benda paling best bila singgah ke sini sebab kepelbagaian topik yang dikongsikan. Dari kisah percutian, cerita nostalgia zaman kecil seperti bermain biji saga sehinggalah ke perkongsian makanan. Semuanya ada dekat satu tempat.
Bagaimana boleh terjebak masuk blog?
Saya suka aktiviti blogwalking bila berkelapangan. Dekat situ la saya mula perasan blog saje suke-suke di sidebar pautan blog yang saya dah follow, lalu tergerak hati la nak klik dan singgah ke blog Saje Suka-Suka. Lepas tu saya klik butang "Follow".
Bagaimana dengan karektor tuan blog bila bercerita?
Karakter tuan blog dalam penulisan ceria, bersahaja dan ada dengan elemen humor. Kak Notie pandai menyelitkan loghat atau dialek santai yang boleh buatkan cerita terasa hidup dan dekat di hati saya. Cara penceritaannya jujur, kelakar, dan tak dibuat-buat, jadikan saya mudah terhibur dari awal hingga akhir entri.
Apa penambahbaikan dalam blog yang saya harapkan?
Bab susun atur dan tulisan ni, masing-masing ada citarasa sendiri kan... Gaya ringkas blog Saje Suka-Suka ni pun dah memang ikonik dan sedap mata memandang. Cuma, alang-alang kat tepi tu dah ada senarai Popular Posts, apa kata Kak Notie tambah satu butang 'Entri Kejutan' atau Random Post pula? Yelah, blog ni dah 17 tahun, entri pun dah beratus sejak 2009. Kalau ada butang tu, bila kita orang klik je terus 'tercampak' ke cerita-cerita lama kak Notie yang jarang orang selongkar. Rasa macam buka kapsul masa pulak.
Apa-apaun, tahniah sekali lagi buat Kak Notie atas ulang tahun ke-17 blog Saje Suka-Suka! Semoga terus istiqamah berkarya, dikurniakan kesihatan yang baik, dan dimurahkan rezeki untuk terus berkongsi cerita-cerita menarik bersama komuniti blogger.
- Sharhanah

Wah satu idea yang bagus tu. Nanti kena bertukang balik le. Terima kasih ya sebab join Dan terima kasih selautan laut hindi atas komen yang di beri.
BalasPadamSama-sama 😊
PadamSelamat bersegmen. Good luck!
BalasPadamSama untuk Cie juga ya
PadamDatang dari giveaway yg smaa ..
BalasPadamHai geng!
PadamOh kak notie buat GA yaaa.
BalasPadamSaya sukaaaa baca blog kak notie juga. Sebab ada banyak cerita traveling di dalam . Sebagai sesama traveler rutin, saya paling suka baca tulisan2 perjalanan memang
Dan kak notie memang nampak ramah kalau baca dari tulisannya ☺️.
Datang dari blog kak Notie.
BalasPadamTahniah, nampak dapat nombor tu