Pengalaman Jual Kereta di CarCo

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Akhirnya, setelah 12 tahun memiliki saya terpaksa merelakan dia pergi. Kereta pertama yang saya beli menjadi kenderaan yang memudahkan urusan saya pergi dan balik kerja. Kereta ini juga pernah sampai ke semua negeri kecuali Perlis, Sabah, Sarawak dan Labuan. Mileage akhir yang saya guna mencecah 250k.

Awal tu, saya guna Carsome. Tapi dapat harga tak memuaskan hati. Saya mencuba CarCo (fomerly known as myTukar). Isi form online, dan saya pilih temujanji pada 26 Ogos, jam 9.30 pagi. Sekejap je auto mesej masuk untuk mengesahkan temujanji yang dibuat. Lepas tu, staf call dan beritahu perlu bawa grant dan kunci spare.

Menjual, membeli, boleh aja

Cara nak jual kereta anda

Esoknya, saya terus ke pusat CarCo berdekatan. Terus ke kaunter submit kunci spare dan grant. Diorang buat inspection dalam 30 minit je. Kalau dengan Carsome, hampir sejam juga lah. Lepas menunggu, kunci dan grant dikembalikan. Saya pun balik rumah dulu, masak lunch sebab anak dah nak balik sekolah agama.

Dalam pukul 2 petang macam tu, pihak CarCo menghubungi saya. Dia beri harga sama macam Carsome. Saya pun tanyalah, boleh tak naikkan lagi 1k. Dia inform akan hubungi saya lagi selepas mendapat respon daripada pihak pengurusan. Saya fikir, alamat la... esok kot dapat jawapan. Saya pun menyambung kerja di dapur.

Sejam macam tu, telefon saya berbunyi. Ya, daripada pihak CarCo. Tawaran saya diterima. Alhamdulillah, Mr Jack saya masih berharga. Dia inform boleh serah kereta dalam masa 5 hari. Disebabkan saya banyak urusan, saya nak settlekan secepat yang mungkin. 

Petang tu juga, dalam pukul 5 petang saya datang semula ke pusat CarCo untuk buat serahan. Ada beberapa proses yang perlu dibuat. Inspection, isi  maklumat akaun bank, tukar hak milik (perlu pengesahan cap jari) dan penyerahan kunci. Selesai. Balik, jalan kaki. Tipuuu... Naik MRT dan naik Grab baru sampai rumahπŸ˜‚

Esok pagi, duit dah masuk ke akaun bank. Laju betul. Seminggu lepas tu, saya dapat call lagi untuk buat tinjauan. Ya, saya beri 5 bintang sebab CarCo ambil harga kereta dengan harga yang saya tawarkan, proses cepat lagi mudah dan staf semua baik-baik belaka. Oh ya, ruang menunggu pun luas dan tenang. Saya sempat buat kerja WFH di ruang menunggu mereka.

Satu hari la, saya terasa kehilangan yang amat sangat. Perasaan sedih macam kehilangan kucing saya, KIKO tahun lepas. Standardlah kan perasaan macam tu. Hehehehe, ke saya over? Ala.. benda kita sayang kan.

Moga perkongsian ada manfaat!

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...