Adakah kebahagian kita semakin berkurang seiring bertambahnya usia?

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semasa kanak-kanak, kegembiraan kita datang dari perkara-perkara mudah seperti hari yang cerah untuk bermain, dapat Tora dan Dindang, pelukan penuh kasih sayang. Senyuman lebar, mata bercahaya dan penuh gelak ketawa. 

Namun, apabila kita semakin dewasa, kebahagiaan menjadi lebih sukar dicapai. Kita mengejar impian yang lebih besar, hanya untuk menyedari ia tidak memberikan kepuasan yang kita harapkan. 

Kita mengejar dan mengumpul lebih banyak harta, tetapi ia tidak membawa kegembiraan yang pernah kita rasakan daripada perkara-perkara mudah seperti sebelum ini. 

Apabila kita sudah dewasa, kita menjadi lebih berhati-hati, lebih sinis, lebih kritikal. Senyuman kita pudar, jarang ketawa. Kita mula merasakan kebahagiaan adalah satu kemewahan yang tidak lagi mampu kita capai.

Bagaimana jika kita mengejar perkara yang salah? Bagaimana jika kebahagiaan bukan sesuatu yang kita cari, tetapi sesuatu yang kita cipta?

Mari kita temui semula kegembiraan dalam perkara-perkara kecil. 

Mari kita hargai keindahan dalam kesederhanaan. 

Mari kita temui kebahagiaan untuk saat ini, bukan dari zaman lampau atau dari masa depan yang jauh... Kerana kebahagiaan bukan destinasi, tetapi perjalanan itu sendiri adalah KEBAHAGIAAN...

Sumber: PHM

Sumber: FB


2 comments:

  1. semakin meningkat usia ni makin galak kita di ujiNya, ada yang di uji fizikal dan ada juga ujian emosi dan mental, semoga dipermudahkanNya buat kita semua melalui ujian demi ujian dan di penghujungnya kebahagiaan yang abadi, aamiin

    ReplyDelete
  2. seiring usia, pelbagai dugaan melanda, semoga kematangan kita semua mampu hadapi apa juga dugaan hidup, kebahagian pulak akak baru kecapi..semoga kekal bahagia selamanya..

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...