Orang yang lahir antara 80-an dan 90-an adalah generasi yang paling unik

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Rindu gila dekat phone tiga tiga sekupang

Orang yang lahir antara 80-an dan 90-an adalah generasi yang paling unik. Nak tahu? Teruskan membaca.

1. Mereka berada di antara dua generasi: satu sebelum internet dan teknologi mengambil alih sepenuhnya. 

2. Mereka adalah generasi yang terdedah dengan pelbagai jenis tradisi dan memilih tradisi mana yang lebih relevan. Generasi sebelum ini tidak berani bertanya. Generasi selepas ini mungkin hanya kenal tradisi di muzium. 

3. Generasi ini merasa kena roti panjang oleh guru dan menerima hanger dari bapa. Generasi baru menyerang guru kerana menggunting rambut anaknya. 

4. Generasi 80-an melihat semuanya: Radio, TV, Mario, Nokia, Nintendo 64, Samsung, iPhone, PS4, video tape , CD, DVD, BlueRay sebelum beralih ke Netflix, Snapchat, Emoji, dan Realiti Maya..

5. Generasi ini merasai membawa duit belanja ke sekolah dengan 50 sen dan boleh membeli nasi lemak dan kuih dengan jumlah itu dan merasai RM50 penuh satu troli. 

6. Mereka melihat bagaimana menu makanan berubah menjadi semakin ekstrim dari saiz menu setalam, cheese leleh dan menerima kesan langsung darinya dari BMI normal ke BMI obese. 

Generasi lahir 80-an dan 90-an adalah jambatan antara zaman industri dan zaman internet. Mereka adalah saksi hidup yang melihat betapa jauh berbeza kehidupan dalam tempoh 30-40 tahun ini.

Sumber: PHM

1 comment:

  1. Ya betul teringat lagi kalau nak save lagu beli kaset dan bila lagu kegemaran keluar dalam radio , cepat2 tekan button save. Lepas tu repeat le dengar berulang2 kaset tu. Guna type writer untuk menaip dan sekarang menaip keyboard komputer untuk satu dokumen. Aktif bersukan sebab selalu main ramai-ramai di depan rumah tanpa takut kena curi orang. Sekarang aktif main game dalam hp.....hahahahaha tanpa ada exercise di buat. Rindu suasana itu yang semakin jauh di tinggalkan.

    ReplyDelete

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...