Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad.


Klik gambar untuk join

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Best pula terjumpa satu segmen menarik daripada blogger Shuhaida Saad. Tanpa berlengah lagi, saya pun nak ambil peluang untuk turut serta meriahkan segmen beliau.

Betul apa yang beliau nyatakan. Segmen bloglist atau giveaway dalam komuniti blogging seperti ini sebenarnya membawa banyak kebaikan. Antaranya, melalui penulisan blog, kita akan rasa dunia blogging itu lebih "hidup" apabila kita saling menyokong, berkunjung dan menghargai hasil penulisan antara satu sama lain.

Bukan sekadar tambah kenalan, tapi ia juga beri semangat untuk terus menulis dan berkongsi. Kadang-kadang satu kunjungan, satu komen atau satu sokongan kecil daripada blogger lain pun sudah cukup untuk membuatkan kita rasa dihargai.

Harapan saya menyertai segmen ini tentunya untuk menambah lebih ramai kenalan blogger dan jemput kawan-kawan singgah ke blog saya. Kalau ada rezeki menang Lucky Draw yang dianjurkan, itu satu bonus yang manis sangat! Tapi yang paling penting, sokongan padu buat penganjur.

Buat rakan-rakan blogger yang lain, jomlah sertai sekali! Segmen ini berlangsung sehingga 14 Oktober 2026.

- Sharhanh

1 comment: