بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Sekarang ini, saya agak sibuk di dapur menyediakan pelbagai pes asas untuk memudahkan kerja memasak sepanjang bulan puasa. Memang bukan kerja lima minit tau... mengupas bawang, mengisar cili, menyangai rempah… memang ada sesi air mata dan pedih mata yang tak dapat dielakkan. Dapur pun penuh aroma bawang dan rempah! Tapi saya tahu, semua ini sangat berbaloi.
![]() |
![]() |
| Pes lengkuas dah lama simpan |
Seronok tengok deretan pes yang tersusun rapi — rasa macam ada “stok rahsia” di dapur sendiri. Bila nak memasak, tak perlu lagi kisar itu ini. Hanya keluarkan beberapa ketul, campak ke dalam kuali, dan masakan pun siap dengan lebih cepat.
Memang betul kata orang, susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kini kerja memasak jadi lebih pantas, teratur dan menjimatkan masa.
-Sharhanah


Sy buat frozen food, utk stok sahur la mostly. Sbb ahli rumah jenis makan nasi time sahur
BalasPadamMenarik! Cuma freezer saya dah sendat.
BalasPadamSamalah ... buat pes masakan mcm kari, kurma, masak kicap bagai.. panas kan dan tambah apa yg patut.. kalau tidak.. blik kerja baru nak kupas bawang mmg penat la jawapnnya huhu
BalasPadamBetul, baru nak kupas bawang, baru nak cuci bahan-bahan...alahai, lamberttt
Padam