Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sekarang ini, saya agak sibuk di dapur menyediakan pelbagai pes asas untuk memudahkan kerja memasak. Memang bukan kerja lima minit tau — mengupas bawang, mengisar cili, menyangai rempah… memang ada sesi air mata dan pedih mata yang tak dapat dielakkan. Dapur pun penuh aroma bawang dan rempah! Tapi saya tahu, semua ini sangat berbaloi.
Antara pes yang saya sediakan ialah pes sambal, pes tomyam, pes kari, pes sambal hijau, pes masak lemak dan juga pes ikan bakar. Bila semuanya sudah siap dimasak dan cukup rasa, saya biarkan sejuk sebelum dibahagikan ke dalam bekas ketul ais — siap portion sekali masak lagi. Kemudian terus simpan dalam peti sejuk beku. Bila dah beku keras, saya keluarkan dan simpan pula dalam bekas kedap udara. Masuk balik ke dalam peti sejuk beku. Boleh tahan sehingga tiga bulan!
Seronok tengok deretan pes yang tersusun rapi — rasa macam ada “stok rahsia” di dapur sendiri. Bila nak memasak, tak perlu lagi kisar itu ini. Hanya keluarkan beberapa ketul, campak ke dalam kuali, dan masakan pun siap dengan lebih cepat.
Memang betul kata orang, susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kini kerja memasak jadi lebih pantas, teratur dan menjimatkan masa.
Sharhanah
No comments:
Post a Comment