Wednesday, April 13, 2022

Pre-authorization debit tanpa kebenaran

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Baru-baru ini saya perasan terdapat transaksi yang sangat mencurigakan.  Mula-mula amaun yang kecil. Saya belum terkesan disebabkan amaun itu dipulangkan semula. So, tak perlu nak risau dan semak kepala.

Ambil dan pulangkan semula... Ok, boleh rileks lagi

Yang saya tahu, pre-auth atau pra-kebenaran ialah penahanan sementara bagi jumlah tertentu baki yang tersedia pada kad kredit atau debit sehingga peniaga melakukan penyelesaian yang mana jumlah sebenar yang dicaj akan dikenakan ke akaun pemegang kad.

Selalunya, potongan pendahuluan akan dibuat daripada akaun bank bagi bayaran petrol, hospital atau hotel yang dilakukan menerusi kad Debit.

Setahu saya, pada tarikh 29 Mac saya tidak melakukan apa-apa transaksi untuk tujuan bayaran seperti petrol apatah lagi nak tempah hotel atau bayaran di hospital. Buat masa ni saya sekeluarga sihat walafiat. Keluar rumah pun tidak wehhh😂

Sehinggalah pada tarikh 8 April. Ada lagi pre-auth Debit. Amaun kali ini main ratus-ratus pula. Waktu tu, dalam kepala saya terfikir, buat apa nak gelabah, nanti mesti refund balik lah. Konon tak terkesan macam aritu. Tapi dah kita ni kategori B40, nilai ratus tu terasa sangatlah besar. Lepas buat belanja dapur!

Selalulah ambil peduli duit keluar masuk dalam akaun bank. Macam mana lah org yg tak perasan kan... sedekah namanya.


Waktu tu lagi sejam waktu nak berbuka puasa. Saya cuba buat panggilan ke bank dengan menghubungi nombor telefon yang tertera di belakang kad ATM. Tetapi panggilan saya gagal menembusi talian. Maka, saya menggunakan khidmat FB messenger pada akaun FB bank yang rasmi. Saya hanya tinggalkan mesej pertanyaan mengenai kes yang saya sedang hadapi. Tawakal jer... Samada diorang nak reply ke tak.. janji saya dah usaha menghubungi pihak bank.

Ok. Waktu berbuka puasa. Lepas kemas meja dan sinki, saya menunaikan solat Maghrib. Saya terdengar notifikasi di telefon. Dalam kepala, mungkin FB marketplace. Notifikasi yang selalu muncul jika ada potential buyer nak membeli. Tak pun, FB marketplace tengah buat kemaskini samada produk masih belum terjual atau dah terjual. Notifikasi kali ini adalah daripada pihak bank!!! Cepatnya. Saya ingatkan esok atau lusa paling cepat diorang nak balas.

Alhamdulillah, selepas saya memberi maklumat yang diperlukan, saya diberitahu akan dihubungi oleh pegawai bank untuk bantuan lanjut. Dan sekali lagi saya fikir mungkin paling cepat diorang akan hubungi saya adalah pada keesokan harinya. Rupanya, sangkaan saya salah!

Lepas solat terawih, dalam pukul 10 malam, telefon pintar saya berbunyi (ringtone yg sangat bosan). Ingatkan cik suami, dia memang tau rajin buat panggilan kalau keje dia dah habis. Tapi nombor 03-5891 xxxx yang keluar. Rupanya panggilan adalah daripada pihak bank. Alhamdulillah.

Selepas dihubungi dan diberi penerangan oleh pegawai bank, kad ATM saya dengan rasminya dah tak boleh digunakan lagi. Kad ATM tu saya sangat sayang sebab saya dapat edisi terhad. Gambar pemain-pemain bolasepak kelab Manchester United.😆

Esok pagi, ada pre-auth refund (Alhamdulillah, amaun tu dapat balik) ... dan sedihnya, ada sale debit lebih kurang amaun yang sama. Sudahhhhh.

Tengahari tu dah kebetulan nak keluar untuk urusan bantuan banjir, saya singgah ke cawangan bank yang berdekatan untuk tujuan membuat semula kad ATM yang baharu. Alhamdulillah, tak ramai orang. Dah pula hari Jumaat kan, semua layanan oleh staf-staf wanita. Smooth jer.

Saya juga menceritakan masalah yang terjadi. Dah batalkan kad pun, kang masih ada penolakan. Rupanya, waktu antarabangsa dan kadar tukaran matawang asing pun memainkan peranan. Walaupun dah batal, tetapi transaksi telah pun berlaku.

Syukur waktu tu tukaran turun sikit. Risau, dapat kad baharu pun kang jadi lagi. Mana larat nak ulang buat benda yang sama. Buang masa dan tak efisien disebabkan saya yang mencari rezeki di rumah. Terpaksa tutup platform semata-mata nak melayan masalah ini.

Saya diberikan borang pertikaian atau dispute form untuk diisi. Lepas tu, tandatangan dan scan untuk dilampirkan pada emel yang perlu saya hantar. Dengan itu, segala hal berkaitan dengan kes tersebut, boleh terus thru emel. Selesai.

Alhamdulillah, ketika posting ini dibuat (13 April) wang saya telah dikembalikan ke dalam akaun. Cepatkan? Sebab saya diberitahu paling maksima adalah dalam tempoh 45 hari. Cuma, jumlah amaun kurang RM11.43. Saya rasa caj bank yang dikenakan ke atas saya menyelesaikan kes ini kot. Yer la.. apa-apa pun kena caj. Ingat free ke..

Diharap perkongsian ini, boleh membantu kalian yang mengalami masalah yang sama. Jangan berlengah untuk menghubungi pihak bank secepat yang mungkin untuk pembatalan kad. Lagipun duit simpanan kita kan dijamin  oleh PIDM. So, tuntut hak kita okay.

Lepas ni, saya perlu berhati-hati. Saya tak pasti macam mana benda ni boleh jadi. Cuma kena pastikan berurusan dengan laman web yang menggunakan secured connection sahaja. Sekian.

Sharhanah

4 comments:

  1. Fuh seram! Saya pernah kena juga dulu, asyik dapat TAC number untuk pembelian apa entah. Baru teringat saya pernah key in data dalam website beli software. Si pembuat onar tu pula lokasinya di netherland masa tu. geram!

    ReplyDelete
  2. TAC number ni selagi tak share, selagi tu selamat. Kita bila dah terkena, lebih beringat sket. Kena berhati-hati selalu.

    ReplyDelete
  3. Saya pun pernah jugak mengalami kes yg hampir sama. Tiba2 dpt sms bgtau saya kena hotel charges sbb ada tempah hotel di kuching Sarawak padahal saya tak travel mana2 pun. Bila check akaun memang ada hotel charges kat kad kredit. Terus saya call bank hotline mintak dieorang deactivate kad kredit. Lepas tu saya try call hotel nak tau nama guest yg buat card credit fraud ni tapi malangnya hotel taknak bagi info tu atas alasan PDPA (tapi pakai kad kredit saya kot?). Esoknya pergi bank isi dispute form & bank batalkan hotel charge tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap itulah kes yang pertama dan terakhir...

      Delete