Cara kemaskini had pengeluaran untuk Tabung Haji di Maybank2u

Sudah lama sebenarnya saya tidak berurusan dengan Tabung Haji menerusi Maybank2u. Sebab saya masukkan duit dengan menggunakan portal THijari sahaja. Sebab ia percuma. Tapi, bila nak buat pengeluaran, memang tak boleh guna portal tu. Terpaksalah menggunakan Maybank2u yang ada caj RM1. Tapi, okay lah daripada nak ke kaunter. Buang masa dan tenaga nak ke sana.

Kebetulan memang saya dah buat pautan akaun Tabung Haji siap-siap dengan akaun Maybank2u saya masa keje dulu. Termasuklah akaun anak-anak. Mudah nak semak baki, mudah nak pindah wang dari akaun saya ke akaun anak-anak. Memang lancar.

Disebabkan had pengeluaran saya terhad, terpaksalah kemaskini di Maybank2u. Langkah demi langkah boleh diikuti seperti gambar di bawah.


Haaa… dah setkan had pengeluaran, baru boleh buat pengeluaran. Makna kata, kita kena pindahkan duit Tabung Haji ke akaun Maybank kita. Maka, kenalah bayar RM1. Bagi saya sangatlah berpatutan. 


Semoga mendapat sedikit maklumat kepada yang mencari. Sekian.

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Cantiknya Turkiye!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang Hampir 2 bulan trip ke Turkiye menjadi kenangan. Saya masih tidak dapat menghabiskan ...