Nak Tukar Windscreen? Bagaimana RFID Saya??

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Gambar sekadar hiasan. Waktu ke Lanai Anggun @Ecosky.

Masih bertagak (buat rileks) bila cermin hadapan kereta retak. Bukan apa, tag RFID belum beli lagi. Malas rasanya nak walk-in ke kedai cermin kereta. Bila cermin depan dah ganti baru, tag RFID yang manjahhh bukan boleh cabut pun untuk pasang balik. Cabut considered rosak! Dah la duduk di lembah Klang, tol di mana-mana. 

Kebetulan, waktu suami off day, kami berdua lalu di Bangsar South. Terus apalagi, isterinya terus masuk Touch N Go HQ yang terletak di Tower 6, Avenue 5. Masuk Q untuk dapatkan tag RFID. Beli dekat sini jimat RM5. 

Lepas dapat, baru ada semangat nak tukar cermin depan kereta. Tapi, saya rasa blur. Takut pun ada sebab risau salah pasang, risau palang tak terangkat, risau macam-macam lagi lah. Sebab dulu waktu percuma dapat RFID, saya perlu bawa kereta ke salah satu pusat pemasangan RFID. Semua staf yang buatkan. Sebab tu lah saya duk ingat, pemasangan RFID ni sangat rumit. Sampai perlu ke pusat tersebut untuk pemasangan. 

Rupanya, suami saya selitkan di sticker roadtax je🀣 tanpa perlu lekat atau pakai holder. RFID untuk palang taman perumahan pun dia buat macam tu. Cuma dia selitkan di bahagian depan sebab ada satu sticker yang bertampal dekat situ. Detect pula ya🀭

Saya ni penakut. Kalau RFID taman lepas, macam mana RFID tol pula. Saya ajak juga suami cuba lalu tol percuma (waktu tu) di lebuhraya SUKE. Kami cuba waktu malam. 

Masa nak melepasi tol tu, perasaan berdebar-debar sangat. Saya dah mula sakit perut. Begitulah kalau orang ada anxiety. Hanya orang macam saya jer yang faham.

Alhamdulillah! Palang terangkat!!! Saya dan anak-anak melonjak riang. Kelakar pun ada. Sanggup malam-malam keluar pergi test power. Siap high five dengan suami. Lepas ni saya tak perlu risau lagi. Terus perasaan jadi tenang. Setenang air tasik, perut yang sakit tadi hilang macam tu je.

Oh ya, sebelum saya terlupa, saya sertakan cara untuk aktifkan RFID yang baharu. Mudah juga rupanya. Saya pun refer imej di bawah ni je. Alhamdulillah, dalam beberapa minit dah aktif!

Imej cara untuk aktifkan RFID Tag

Semoga bermanfaat!

Sharhanah

No comments:

Post a Comment

⚠️πƒπ’π¬πœπ₯𝐚𝐒𝐦𝐞𝐫 Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post πŸ₯•

Naik Bas Sepanjang Berada di Turkiye

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Memandangkan mod perjalanan sepanjang berada di Turkiye menggunakan bas persiaran...