Urusan Dimudahkan

Hari Krismas kami pulang semula ke rumah selepas 4 hari berada di kampung. Seronok cuaca di sana, panas lit-lit. Nyesal tak bawak balik pakaian kotor...  Hehehe, macam la balik naik lori besar punya! Kami berenam pun dah penuh kereta๐Ÿ˜…

Dalam kepala, dah memikir kerja yang perlu dihadap. Sambung mencuci, mengemas, mengemop, menyental segala benda yang berlumpur dalam rumah tu. Pinggan mangkuk periuk belanga bukan bersih kalau hanya basuh sekali sahaja. Perlu berkali-kali.

Rumah-rumah jiran banyak yang dah kemas. Lumpur depan lorong kitaorang dah bersih. Tinggal belakang rumah jer. Nak harap kudrat kami anak beranak memang tak larat. Maka, kami urus dalam rumah jer la. Itu pun payah betul nak bersih. 2 perabot serbuk kayu yang konon-konon nampak macam tahan, rupanya rebah juga ke lantai rumah. Kena angkat buang jugalah.

Alhamdulillah, anak-anak buah yang duduk sekitar lembah klang datang membantu. Lega rasanya. Kami dapat alihkan semua barang ke luar rumah. Barulah dapat cuci rumah dengan bersih.

Semua teruja bila nak alihkan katil Prime Series. Tilam elok jer sebab tak kotor sebab tak kena air banjir. Cuma frame katil jer la. Kena basuh sikit untuk hilangkan bau banjir.

Esoknya , sahabat lama pula datang ke rumah nak membantu. Suami dia bawakan blower. Kerja mencuci frame katil bertambah mudah.

Terpaksa letak luar sementara kerja mengecat dinding nak selesai.

Buat sementara, awak lepak atas lantai dulu lah sementara frame katil nak kering.

Alhamdulillah, penat-penat mengemas dapat baring atas tilam pun dah rasa nikmat sangat. Opsss sebelum terlupa, sehari selepas balik kampung, kami sempat ke balai polis untuk buat aduan. Mudah nanti untuk buat pelbagai urusan termasuk aduan untuk kerosakan barang seperti Unifi dan Coway.

Semua tu aku emel jer. Mudah. Feedback pun pantas.

Sharhanah

4 comments:

  1. Selamat berehat selepas penat mengemas

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dapat juga kemas apa yang patut kan..tak boleh nak bayangkan kepenatan tuu

    ReplyDelete
  3. Sekali banjir, makan bulan penatnya๐Ÿ˜…

    ReplyDelete

⚠️๐ƒ๐ข๐ฌ๐œ๐ฅ๐š๐ข๐ฆ๐ž๐ซ Semua komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url yang mencurigakan, mengandungi kata-kata kesat dan maki hamun tidak akan disiarkan. Harap maklum, terima kasih.

Featured Post ๐Ÿฅ•

Balik kampung? Anak-anak Saya Yang Paling Teruja!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hampir 20 tahun saya meninggalkan kampung. Dalam setahun, boleh kira dengan jari sa...