Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
![]() |
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
![]() |
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Akhirnya, setelah 12 tahun memiliki saya terpaksa merelakan dia pergi. Kereta pertama yang saya beli menjadi kenderaan yang memudahkan urusan saya pergi dan balik kerja. Kereta ini juga pernah sampai ke semua negeri kecuali Perlis, Sabah, Sarawak dan Labuan. Mileage akhir yang saya guna mencecah 250k.
Awal tu, saya guna Carsome. Tapi dapat harga tak memuaskan hati. Saya mencuba CarCo (fomerly known as myTukar). Isi form online, dan saya pilih temujanji pada 26 Ogos, jam 9.30 pagi. Sekejap je auto mesej masuk untuk mengesahkan temujanji yang dibuat. Lepas tu, staf call dan beritahu perlu bawa grant dan kunci spare.
![]() |
| Menjual, membeli, boleh aja |
![]() |
| Cara nak jual kereta anda |
Esoknya, saya terus ke pusat CarCo berdekatan. Terus ke kaunter submit kunci spare dan grant. Diorang buat inspection dalam 30 minit je. Kalau dengan Carsome, hampir sejam juga lah. Lepas menunggu, kunci dan grant dikembalikan. Saya pun balik rumah dulu, masak lunch sebab anak dah nak balik sekolah agama.
Dalam pukul 2 petang macam tu, pihak CarCo menghubungi saya. Dia beri harga sama macam Carsome. Saya pun tanyalah, boleh tak naikkan lagi 1k. Dia inform akan hubungi saya lagi selepas mendapat respon daripada pihak pengurusan. Saya fikir, alamat la... esok kot dapat jawapan. Saya pun menyambung kerja di dapur.
Sejam macam tu, telefon saya berbunyi. Ya, daripada pihak CarCo. Tawaran saya diterima. Alhamdulillah, Mr Jack saya masih berharga. Dia inform boleh serah kereta dalam masa 5 hari. Disebabkan saya banyak urusan, saya nak settlekan secepat yang mungkin.
Petang tu juga, dalam pukul 5 petang saya datang semula ke pusat CarCo untuk buat serahan. Ada beberapa proses yang perlu dibuat. Inspection, isi maklumat akaun bank, tukar hak milik (perlu pengesahan cap jari) dan penyerahan kunci. Selesai. Balik, jalan kaki. Tipuuu... Naik MRT dan naik Grab baru sampai rumah😂
Esok pagi, duit dah masuk ke akaun bank. Laju betul. Seminggu lepas tu, saya dapat call lagi untuk buat tinjauan. Ya, saya beri 5 bintang sebab CarCo ambil harga kereta dengan harga yang saya tawarkan, proses cepat lagi mudah dan staf semua baik-baik belaka. Oh ya, ruang menunggu pun luas dan tenang. Saya sempat buat kerja WFH di ruang menunggu mereka.
Satu hari la, saya terasa kehilangan yang amat sangat. Perasaan sedih macam kehilangan kucing saya, KIKO tahun lepas. Standardlah kan perasaan macam tu. Hehehehe, ke saya over? Ala.. benda kita sayang kan.
Moga perkongsian ada manfaat!
Sharhanah
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Semasa kanak-kanak, kegembiraan kita datang dari perkara-perkara mudah seperti hari yang cerah untuk bermain, dapat Tora dan Dindang, pelukan penuh kasih sayang. Senyuman lebar, mata bercahaya dan penuh gelak ketawa.
Namun, apabila kita semakin dewasa, kebahagiaan menjadi lebih sukar dicapai. Kita mengejar impian yang lebih besar, hanya untuk menyedari ia tidak memberikan kepuasan yang kita harapkan.
Kita mengejar dan mengumpul lebih banyak harta, tetapi ia tidak membawa kegembiraan yang pernah kita rasakan daripada perkara-perkara mudah seperti sebelum ini.
Apabila kita sudah dewasa, kita menjadi lebih berhati-hati, lebih sinis, lebih kritikal. Senyuman kita pudar, jarang ketawa. Kita mula merasakan kebahagiaan adalah satu kemewahan yang tidak lagi mampu kita capai.
Bagaimana jika kita mengejar perkara yang salah? Bagaimana jika kebahagiaan bukan sesuatu yang kita cari, tetapi sesuatu yang kita cipta?
Mari kita temui semula kegembiraan dalam perkara-perkara kecil.
Mari kita hargai keindahan dalam kesederhanaan.
Mari kita temui kebahagiaan untuk saat ini, bukan dari zaman lampau atau dari masa depan yang jauh... Kerana kebahagiaan bukan destinasi, tetapi perjalanan itu sendiri adalah KEBAHAGIAAN...
Sumber: PHM
![]() |
| Sumber: FB |